Gambar
& dialog
 |
"Ayah.."
- Siti Molek
"Kenapa?" - Hassan
"Ini hari ada temasya pantai. Marilah pergi.." -
Siti Molek
"Arrh.. itu kerja orang malas!" - Hassan
 |
 |
Di
temasya pantai - Awang Janggut, Wan Kuntum dan pembantu
mereka
 |
 |
Pak
Jusoh bermalam di rumah Awang Janggut
"Sekali
sekala Pak Jusoh datang, makan pun tak berlauk ye?" -
Awang Janggut
"Kalau kau pandai, akan datang kau tentu senang"
- Pak Jusoh
"Bagaimana?" - Awang Janggut
"Bekerja. Bergaji besar.." - Pak Jusoh
"Berkata memang senang. Tapi, takkan pakcik tak tahu..
kalau nak memintak kerja, terpaksa tertunduk-tunduk dan
menyembah-nyembah. Saya pulak bukan bangsa begitu. Saya
tak mau!" - Awang Janggut
 |
 |
Awang
Janggut meminta kerja di rumah Hassan
"Apa?
Aku tak layak? Cucu Datuk Merah boleh membuat apa saja.
Layak memegang apa jawatan pun!" - Awang Janggut
"Aku tidak kehendak keturunan itu. Aku bilang tak
layak, tak layak. Sudah, pulang saja" - Hassan
"Kau si Hassan.. yang tak layak makan sedulang dengan
datukku, dan dengan aku sendiri!" - Awang Janggut
 |
 |
"Pak
Bakar tu, rajin ke laut. Ada juga hasilnya" - Wan
Kuntum
"Jadi, kau nak samakan aku dengan mereka? Huh!
Keturunan datuk nenekku orang terhormat. Takkan aku nak
jadi nelayan!?" - Awang Janggut
 |
 |
"Sayang
si Awang tu pemalas. Tak nak bekerja. Suka membanggakan
keturunannya" - Nelayan
"Ya, jiwanya besar.. macam rumahnya tu, kosong"
- Pak Bakar
 |
 |
M.
Osman sebagai Wan Embong
 |
 |
"Encik,
encik ini siapa nama?" - Inang
"Saya? Mengapa?" - Awang Janggut
"Cik Siti saya mahu tahu" - Inang
"Siapa Cik kamu tu?" - Awang Janggut
"Perempuan cantik yang encik selamatkan tadi.."
- Inang
"Katakan padanya, dia telah diselamatkan oleh Awang
Janggut, cucu Datuk Merah - panglima yang gagah sekali di
Terengganu ini di zaman dulu" - Awang Janggut
 |
 |
"Cik
Siti memanggil saya?" - Awang Janggut
"Ehmm.. (pantun) Daun lebat di hujung ranting,
Ranting kayu dengan dahannya, Sebelum bermadah hatiku
runsing, Runsing dengan rindu dendamnya" - Siti
Molek
"Datukku yang handal itu dulu hanya mengajar aku
sebagai pahlawan, kalau berpantun aku tak tahu" - Awang
Janggut
 |
|
|
|
|
|
Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z
|
Mula
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|
|