Gambar
& dialog
 |
Di
Jemapoh - cita-cita,
bukan angan-angan
"Halamaak... palat la kampung ni. Aku bosan macam nak mati kat
sini. Tengok, main bola pun takde 'kaki'. Semua dah masuk
askar" - Yadi
"Mana kita nak pergi ni jang?" - Mafiz
"Aku tak mahu lama di sini. Ini bukan kampung aku. Ada
chance blah, aku blah" - Yadi
"Blah...? Ke mane?!" - Mafiz
"Aku? Kau tanya aku? (ketawa) Dari dulu aku dah cakap... aku nak
pergi - Manchestee!" - Yadi
 |
 |
Rumah
Yadi - sembang-sembang
"Kau ingat.. George Best buat apa sekarang?" - Yadi
"Mana la aku tahu... Kau ni gila betul laa. Tak
habis-habis dengan George Best. Kau pergi kawin la dengan
dia" - Mafiz
"Dia jantan aa.. George Best orang jantan laa, mana
boleh kawin. Kau tak tahu ke? (senyum) Kalau pompuan boleh
aaa.." - Yadi
(Yadi menunjuk gambar George Best kepada Mafiz) "Jambu
la dia ni... Kita patut pergi sana la jumpa dia. Sini apa
kita ada? Ada lembu!" - Yadi
(Mafiz ketawa) "Kau ingat George Best ada lembu ke?"
- Mafiz
(Yadi ketawa) "Kenape? Takkan tak ade. Semua dia ade
laa. Kereta ade... lembu lagi banyak!" - Yadi
"Eh.. kalau kita ada kereta syok kan? Boleh
ronda-ronda. Pergi pekan boleh.. tengok wayang boleh"
- Mafiz
(Mafiz terfikir) "Patut la ayah aku lari dari sini.."
- Mafiz
"Ayah kau bukan lari laa. Dia kelasi kapal laa. Dah
kena 'ngap' mat salleh!! (senyum) Kelasi mesti banyak bini.." -
Yadi
"Elleh.. Kau ingat, ayah aku kawin sane ke?" - Mafiz
"Mane... (ketawa dan beri gambar George Best kepada
Mafiz) Hmm, George Best ni.. anak-- Anak ayah engkau lah
tu!
Ada muka melayu ape. Jambu ape.. Dia tu jambu ape" - Yadi
 |
 |
Rumah
Mafiz - berkemas
ke Manchestee
"Jam loceng ni bawak tak?" - Mafiz
"Buat ape jam tu.. Jam ke, masa ke.. dah tak penting.
Apahal nak tengok-tengok jam" - Yadi
 |
 |
Dalam
perjalanan - jumpa
polis
(Polis memegang skaf Manchester United di leher Yadi)
"Ni, mana kau dapat ni?" - Polis
(Yadi ketakutan) "Kawan saya.. hantar dari
Liverpool" - Yadi
"Ye? Hmm... Dah lama aku cari. (menunjuk pada skaf)
Dah lama aku cari.. Ini skaf Manchester United kan? Engkau
pun kaki bola ye? Hahahah.." - Polis
(Yadi menghulurkan skaf kepada polis)
(Polis ketawa dan memakai skaf) "Tak ade satu lagi
untuk aku?" - Polis
"Satu je bang.. Nanti saya beli lagi satu. Saya
hadiah untuk abang" - Yadi
(Polis mengembalikan skaf kepada Yadi) "Hah, mana kau
nak cari..." - Polis
"Di Manchestee. Kitorang nak pergi sana lah ni" -
Yadi
"Mana?" - Polis
"Manchestee" - Mafiz
"Manchester? (ketawa) Bagus... kau orang ni. Macam ni lah anak
muda. Huh, mesti berani. Hm, apa dok tidur kat kampung aje.
Haha, jalan-jalan.. tengok dunia... Bagus, bagus.
Baik-baik jalan" - Polis
 |

|
Berhenti
isi minyak - radio
curi
"Takkan sampai Liverpool pun kau tak nak cakap dengan aku?
Hal macam ni pun kita nak bergaduh. Berapa
lama kita dah kawan? Takkan kau nak ambik hati sangat... Aku silap
sikit. Maaflah... Memang, aku dah silap. Pasal radio ni pun kita jadi bergaduh. Radio sial ni!"
- Yadi
 |

|
Malam
pertama - gig underground
"Mintak teket, dua"
- Mafiz
"-- kamu mahu ape?"
- Penjual tiket
"Nak tengok muzik kat dalam"
- Mafiz
"Umur brapa nie?"
- Penjual tiket
"20 lebih"
- Mafiz
"20 pakai macam nie? Takde pakaian lain ke? Selekeh
sangat ni. Selekeh.. tahu tak? Kamu beli dari mane
ha?" - Penjual
tiket
...
"Bagi tiket tiga" - Lelaki baju batik
"Dah habis"-
Penjual tiket
(Tiga orang anak muda membeli tiket)
"Macam mana mereka boleh dapat tiket? Cakap dah habis"
- Lelaki baju batik
"Hmm.. diorang special"-
Penjual tiket
"Kami lebih special. Kamu tahu kami siapa? Kau tahu
dia ni siapa? Dia ni pegawai lah" - Lelaki baju
batik
"Hey, dobo! Gua tak kire.. datuk ke, raja ke, sape ke.
Tiket dah habees OK? Habis, ape nak buat. Nangis lah..."-
Penjual tiket
"Mari kita masuk" - Lelaki baju batik
"Hoi, hoi! Hohoi.. dobo. Hey, tiket takde jangan
masuk aa.."- Penjual
tiket
 |


|
HARI
KE-2: Kawan
baru - Lini
"Kamu orang hendak ke mane? Boleh gua tumpang?"
- Lini
(Mafiz memandang dan menunjuk ke langit) "Heh!
Manchestee" - Mafiz
"Mane? Manchester dekat Jerman tu kan?" - Lini
"Ha" - Mafiz
...
"Manchester. Liverpool. Semua anak muda main rock
band" - Lini
"Takkan tu aje? Diorang main bola ape?" - Yadi
"Yadi.. nak tengok 'Manchester United' main. Aku nak
cari ayah aku - kelasi di Liverpool" - Mafiz
"Ayah kamu kelasi? Wow, ayah lu cool!" - Lini
 |



|
Kawan
baru - Mila
"Siapa dia ni?" - Yadi
"Orang jahat ni. Bapak ayam" - Mila
...
"Ni nak ke mane ni?" - Mila
(Mafiz memandang dan
menunjuk ke langit) "Kami nak pergi
Manchestee" - Mafiz
"Pergi mane?" - Mila
"Manchestee. Manchestee U-Ni-Ted. Tak tahu ke? Team
bola" - Yadi
"Main di mane?" - Mila
"Tak.. bukan main bola. Kami nak pergi Manchestee"
- Mafiz
"Manchester lah, bukan Manchestee! Ada R kat hujung.
Kau tahu ke, mana tu. Sebut nama pun tak betul, macam mana
nak sampai sana. Huh, budak-budak Felda ker...?" - Mila
"Hey, gua dari Singapura kawan. Cool la.. gua orang
town ape?" - Lini
"Tunjuk pasport kau. Eksyen pula dia ni.." - Yadi
...
"Bila sampai pekan depan ni, aku nak turun" - Mila
"Rileks la. Cool. Ape nak marah-marah. Bukan apa-apa.
Kalau lu tak suka football, gua cool. Gua pun tak suka
football. Gua sini pun baru campur diorang laa..
Cool!" - Lini
...
"Dia tak suka, dia boleh turun. Terima kasih pun
takde cakap. Macam dia tahu sangat. Manchesterr,
Manchesterrr. Dia ingat kita 'belia' ke?" - Yadi
"Cool brader. Manchestee ke, Manchester ke, apa susah.
Kalau tak suka Manchester boleh singgah Paris. Hey, gua
sudah lama plan la brader. Gua mau jumpa girlfriend gua.
Lu mahu? Cool laaa" - Lini
 |
 |
Malam
kedua - susun rancangan
"Kamu ni dari Felda ke?" - Mila
"Jangan hina Felda! Kami dari Jemapoh" - Mafiz
"Pandai cakap orang putih?" - Mila
"Lini boleh" - Mafiz
...
"Mari ikut sama la.. boleh tunjuk jalan" - Mafiz
"Mana peta? Mana pasport? Kamu ingat naik kereta saja
boleh sampai ke? Ni gila punya kerja!" - Mila
"Lini kata, dia ada kawan di pelabuhan. Dia boleh
tolong semua tu" - Mafiz
 |
 |
HARI
KE-3: Lini pergi beli barang
"Mana
kau tahu Lini tu pencuri?" - Mafiz
"Tengok muka dah kenal. Sekali pandang dah tahu"
- Yadi
"Kau pun sama sekarang. Perangai macam orang tua.
Sikit-sikit orang jahat. Lain sikit orang jahat" - Mafiz
 |
 |
Mafiz
+ Mila
 |

|
Berhenti
R&R
(Lini
sambil kencing) "Gunung
kita ni kalau ada snow best la. Haha.. Panas-panas ni gua
boleh main ski. Hey, gua mimpi nak main ski lah brader.
Sampai Jerman ni gua mesti main ski. Mesti banyak snow.
Sini leceh lah brader, takde snow.. Lu tengok la" - Lini
 |
 |
Malam
ketiga - Mila hilang
"Eh, apehal kau panggil dia Georgie ni?" - Lini
"Georgie? Hm, aku yang bagi nama tu. Dia kan gila
George Best. Masa sekolah dulu, dia kapten team bola"
- Mafiz
"Kepala dia betul ke? Gua takut la.. nanti dalam
kapal dia buat perangai macam ni" - Lini
"Aku dah kenal dia lama. Aku dengan dia tu lebih dari
kawan. Dia baik.. hati dia baik. Nampak, siapa yang tolong
Mila. Tapi, cakap dia kasar sikit, tapi takde pape. Aku
tahu macam mana dengan dia ni. Aku kenal lama. Nak pergi
Manchester ni, rancangan dia ler ni. Tu pasal dia tak
boleh sabar" - Mafiz
"Gua ingat lu punya 'kepala'" - Lini
"Heheh, bukan.. Takde Yadi, aku tak berani. Takde dia,
kita tak pergi!" - Mafiz
"Wow! Macam tu, dia cool lar. Gua silap 'tangkap' la
brader. Gua ingat kepala dia tak betul. Itu macam, dia
kasi best!" - Lini
 |
 |
HARI
KE-4: "Just
a perfect day..."
 |
 |
Warung
makcik - sarapan
"Dalam
kapal nanti ada goreng pisang ke?" - Yadi
"Ada yang lain..." - Mila
"Lu tahu ke, apa orang putih panggil pisang goreng?
Heheh... banana fritters laa. Ha, kat Jerman.. lu tahu,
apa dia panggil pisang goreng?" - Lini
"Haha haaa.. Go-Reng Pi-Seeeng.." - Mila
(Semua ketawa)
 |

|
Rifik
muncul kembali
"Mana
beg aku? Mana beg aku? Beg ak--" - Rifik
(Makcik warung menghentam kepala Rifik) "Cilako budak
Rifik ni. Orang nak minum, dio nak menembak. Poie la carik
babi. Orang nak meniago..." - Makcik
"Dio ni memang orang jahat ni. Takdo kojo lain, jual
tino ajo. Kok mati kang, ado lah kubor belakang kodai..."
- Makcik
 |

|
Jumpa
polis lagi
"Jadi
pergi?" - Polis
"Jadi. Esok, naik kapal" - Yadi
"Hmm, selamat. Aku ni pun, pasal kerja. Kalau tidak, boleh campur dengan kau
orang. Huh, waktu muda ni lah kalau nak berani pun. Dah tua macam aku ni, semuanya takut. Angan-angan ada, tapi tak pernah jadi
cita-cita" - Polis
...
"Baik-baik jalan. Ingat, bila tinggal kampung ni..
nanti kau orang jadi orang lain. Bukan budak kampung lagi"
- Polis
"Takkan la macam tu bang.. Kami tak takut apa pun.
Tak pergi, kita tak jumpa. Kalau nak selamat, duduk
membatu di kampung lah jawabnye..." - Yadi
...
"Yahooo... Manchesteeeee. Selamat tinggal
Jemapooh!!" - Yadi
 |

|
Jumpa
orang jalan kaki lagi...
"Lain
kali, jangan hina orang jalan kaki. Tak tahu bila nak
tolong kau.. Terima kasih" - Kuman
"Terima kasih apa pulak?" - Mafiz
"Radio itu hari. Nasib baik orang macam kau ada lagi"
- Kuman
 |
 |
Manchestee
 |
 |
Kassim
Selamat
 |
|
|
|
|
|
| Lagu-lagu
dalam filem
Judul lagu tema:
La O Be
Penyanyi: Kassim Selamat & The Swallows
Judul lagu:
Are You Happy
Penyanyi: Carburetor Dung
Judul lagu:
Oppression
Penyanyi: Carburetor Dung
Judul lagu:
La O Be (blues)
Penyanyi: Republic Of Brickfields
Judul lagu:
La O Be (trip-mix)
Penyanyi: Republic Of Brickfields
Judul lagu:
Come On Down
Penyanyi: Babushka
Judul lagu:
Gott
Penyanyi: Koffin Kanser
Judul lagu:
He Ain't Heavy He's My Brother
Penyanyi: The Hollies
Judul lagu:
Apo Nak Di Kato
Penyanyi: Blues Gang
Judul lagu:
Jumpo Kawan Lamo
Penyanyi: Blues Gang
Judul lagu:
Hati Rindu
Penyanyi: R. Azmi
Judul lagu:
A Hard Days Night
Penyanyi: The Beatles
Judul lagu:
Di Bawah Awan Kelabu
Penyanyi: Acid
Judul lagu:
Dendang Remaja
Penyanyi: FTG
Judul lagu:
Rock 'n' Roll
Penyanyi: XPDC
Judul lagu:
Johnny B' Good
Penyanyi: Chuck Berry
Judul lagu:
Perfect Day
Penyanyi: Lou Reed
Judul lagu:
Nice People
Penyanyi: Happy Nightmare
Judul lagu:
Gerbang Kayangan
Penyanyi: Sil Khannaz
Judul lagu:
Memo
Penyanyi: Violet
Judul lagu:
One Sunny Day
Penyanyi: Subculture
Judul lagu:
Spaceman Over Malaysia
Penyanyi: Force Vomit
Judul lagu:
Breathe
Penyanyi: Prodigy
Judul lagu:
Shoot The Space Cadet Star Child
Penyanyi: Kugiran D' Tepi Pantai
Judul lagu:
Hari Ini Dan Semalam
Penyanyi: J. Mizan
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|