Sinopsis
Filem ini berkisar mengenai
seorang wartawan bernama Natasha yang ingin menyiasat misteri pembunuhan dan
kepercayaan penduduk di Pulau Indah Kayangan. Natasha yang ditemani
oleh Dino dan Adam dari stesen televisyen Channel V8 telah dihantar oleh Dragon International
Cooperation untuk membuat liputan mengenai kejadian aneh dan
seterusnya cuba membongkar rahsia pulau itu. Bagaimanapun, ia tidak semudah yang
disangkakan kerana mereka akhirnya terjebak dengan pelbagai perkara aneh
yang menghantui fikiran. Seorang penduduk pulau yang bernama Coke
cuba menghalang pencerobohan ke atas pulau tersebut. Coke bimbang pencerobohan di pulau
itu menjadi punca kerosakan dan pencemaran alam sekitar di situ. Baginya pulau itu ibarat
‘syurga’ kedamaian. Tanpa disangka-sangka, Coke sebenarnya berniat
jahat dengan mencampurkan semua sumber air di pulau itu dengan sejenis bahan kimia.
Apabila seseorang terminum air di situ, dia akan berkhayal dan
ternampak gambaran yang menakutkan. Salah seorang rakan yang sedang makan nasi
akan terlihat gambaran cacing dalam makanannya. Perbuatan Coke
itu tidak diketahui oleh orang lain melainkan dia seorang sahaja.
Namun, Coke akhirnya berjaya ditangkap lalu dikurung dalam sebuah makmal rahsia di pulau itu.
Pada masa yang sama, Adam telah mendapat tahu tentang makmal
rahsia tersebut melalui ayah Natasha. Ketika Adam cuba menyelinap
masuk ke dalam makmal itu, dia telah diserang oleh Coke!
Pengarah
Silver Chung
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Zamarul Hisham
... Coke
Elaine Daly ... Natasha
Raja Azery ... Dino
Tony Yusop ... Adam
Pekin Ibrahim ... Vic
Kuswadinata ...
Melissa Saila ...
Whymen Young ...
Wan Suhaimi ...
Hussein Abu Hassan ...
Nabila Huda ...
Pekerja (crew)
Anita Yusop
... Pengurus Promosi
Penerbit
Damien Leong
... Penerbit
Cosmos Discovery Sdn Bhd
... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Di
Ambang Misteri
Judul asal:
Di Ambang Syurga
Slogan: Apa anda nampak? Khayalan atau
hantu...
Jenis cerita: Triller / Misteri
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
8 April 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.5 juta
|
|
|
Teknikal
Jenis filem:
Video Digital HD (asal) / 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh tamat penggambaran: April
2003
Antara lokasi penggambaran: Kuala
Lumpur; Ulu Yam, Selangor; Tapah, Perak; Mini Malaysia, Melaka
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
ANUGERAH:
Pelakon Lelaki Terbaik - Zamarul Hisham
 |
|
| TriviA
Pada mulanya
tiga adegan tidak diluluskan oleh Lembaga
Penapisan Filem (LPF) Malaysia. Setelah dibuat
rayuan dengan menjelaskan kepentingan setiap
adegan, kesemua adegan tersebut telah diluluskan
semula.
Judul asal filem ini telah ditukar atas nasihat
LPF kerana 'perkataan syurga menyentuh
sensitiviti agama'
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Audio One Entertainment
No. Siri: AOE MTLM 209 M04
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|