Sinopsis
Do, seorang
yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang,
telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya
kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota
untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri
yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan
hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang
isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri
mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis
yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis
tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja.
Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar
pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang
sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita
tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka
dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat
dan berlaku pelbagai perkara lucu.
A luscious musical entertainment that portrays three
comical men whose adventures creates satirical laughter.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
AR
Tompel ... Cerita
P. Ramlee ... Dialog
Pelakon
Ibrahim Din ... Mi (Minami)
AR Tompel
... Re (Amore)
P. Ramlee
... Do (Masdo)
Wan Chik Daud ... Milah
Noran Nordin ... Isteri
Re
Rohaya Rahman ... Minah (Isteri Do)
Mahmud June ... Bapa Minah
Minah Hashim ... Ibu Minah
Sharif Baboo ... Ceti
Usman Eot ... Pemungut hutang
Bakar M ... Pemungut hutang
Idris Hashim ... Orang kaya
AK Jailani ... Ahli mesyuarat
tingkap
Ahmad Dadida ... Pak 'Jebon'
Saloma ... Penyanyi Buloh Inn
Karim Latiff ... Pengunjung Buloh
Inn
Pekerja (crew)
Ahmad
Nawab ... Penggubah Lagu
Ainol Jamal ... Penulis Senikata
Anwar Yusuf ... Penolong Rakaman
Darwis Mansoor ... Pelukis Utama
Esa Ahmad ... Penolong Pelukis
Hasim Hamzah ...
Penolong Pengarah
Ho Bee Yoon ... Pencetak
Johari Ibrahim ... Penolong Penyunting Filem
Low Yew Wah ... Teknik Fotografi
Ng Hoong Ngiam ... Penolong
Fotografi
P. Ramlee ... Penyunting Filem, Penggubah
Lagu & Muzik Orkestra
Rokiah Usman ... Make-up
Saloma ... Penulis Senikata
(Bintang Hati)
Tan Chuan Hock ... Teknik Rakaman
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Organization ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Do Re Mi
Jenis cerita: Komedi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
3 Julai 1966
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
Tempoh tayangan: 106 minit
|
|
| TriviA
Adegan Re dan
Do mencari kerja di Pejabat Buruh telah
mempermainkan dialog 'kepala bapak kau, kepala
bapak aku' yang asalnya terdapat dalam filem Nasib
Si Labu Labi (1963).
Dialog 'nama besar ke nama kecik' telah diguna
semula dalam filem Adik
(1990).
Tulisan penutup: "Tunggu sambungan kissah
ini".
|
|
|
|
| Dialog
"Nak buat ape
durian?" - Milah
"Nak cakar muka Jebon" - Re
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Rantai Terlepas
Penyanyi: P. Ramlee
Judul lagu:
Bintang Malam
Penyanyi: Saloma
Judul lagu:
Bintang Hati
Penyanyi: Saloma
Judul lagu:
Do Re Mi
Penyanyi: P. Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din
Judul lagu:
Gitar Berbunyi
Penyanyi: Saloma
Judul lagu:
Obat
Penyanyi: P. Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din
Judul lagu:
Bosanova
Penyanyi: Saloma
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.014
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|