Do Re Mi / 1966

Gambar & dialog

Sejarah hidup Do
Isteri Re - hisap rokok

"Re..." - Isteri
"Ya darling" - Re

"Bawak api ke mari.." - Isteri
"Belum sampai. Meena Kumari ada kat India" - Re

(Isteri Re bercakap sendirian) "Orang bilang bawak api ke mari, dia kata Meena Kumari pulak" - Isteri
"Aku mintak apilah, bodoh!" - Isteri (kepada Re)

"Api bodoh?" - Re
(Re membakar segulung kertas) "Hai api... Ku sangka kau pandai, rupanya kau -- api bodoh! Heh" - Re
(Re memberi 'api bodoh' ke arah muka isterinya) "Nah!" - Re

"Hey! Kau gile.. kau nak bakar rumah ni ye? Kau ingat rumah bapak kau ni?" - Isteri
"Eeeh.. kalau rumah bapak aku, dah lama aku bakar ni. Aku dah claim insuran dah!" - Re

Isteri Re - pergi kerja

"Kau dah masak belum?" - Isteri
"Belum 'ling" - Re
"Kalau nak harapkan kau masak, sampai besok pun aku tak makan" - Isteri
"Hm, kita makan lusa aje lah" - Re
"Sudah, aku nak pergi" - Isteri

"'Ling 'ling.. 'Ling nak balik pukul berape?" - Re
"Tak tentu. Mungkin aku tak balik malam ni" - Isteri
"Tak balik?" - Re
"Tidak" - Isteri
"Habih, I nak tidur sama siape?" - Re
"Kau tidurlah dengan Si Chemong tu" - Isteri
"Chemong kucing. Baru dekat, belum pegang dia dah cakar nanti" - Re
"Itu kau punya pasal, aku tak pedulik" - Isteri

"'Ling 'ling.. Jangan lupa beli chewing-gum ye?" - Re

Saloma - penyanyi Buloh Inn
Mi mengurat Milah

Mi - minta kerja

"Awak datang sini apa mau?" - Orang kaya
"Saya ada terbaca kat luar tadi encik, mengatakan di sini ada kerja kosong" - Mi

"Oh ya, memang di sini ada kerja kosong. Tapi, baru saja tadi aku tendang satu orang keluar" - Orang kaya
"Kena tendang? Apasal encik?" - Mi

"Pasal dia terlampau 'layar buruk'" - Orang kaya
"Arhh.. encik jangan susah. Saya 'motobot' aje encik, tak pakai layar" - Mi

Do, Re & Mi - berkenalan

"Siape name engkau?" - Mi
"Nama pendek ke nama panjang?" - Do
"Mana pun boleh lah" - Mi
"Nama panjang Masdo. Nama pendek Do" - Do

"Waa... engkau?" - Mi
"Erk.." - Re
"Nama engkau..?" - Mi
"Siape, aku? Nama besar ke nama kecik?" - Re
"Eh, serupa lah besar-kecik" - Mi
"Nama besar orang panggil Amore. Heheh.. nama kecik orang panggil Re" - Re

"Yang kau tanya kita, yang kau ni nama kau siapa?" - Re
"Aku? Aku kalau nama penuh  -- Minami..." - Mi
"Heh, Minami.. macam rokok Jepun" - Do
"...nama kosong Mi" - Mi

"Hah, kalau begitu dah kenalah kita bertiga. Aku Do" - Do
"Re" - Re
"Mi" - Mi

Re - minta duit

"Cakaplah betul-betul, nak ape?" - Milah
"Nak.. nak du--" - Re
"Cakaplah, du ape?" - Milah
"Du--" - Re
(Milah menjerit) "Cakap!" - Milah
(Re menjerit) "Durian!!" - Re
"Eyy.. ini bukan musim durian. Nak buat ape durian?" - Milah
"Nak cakar muka Jebon" - Re



Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!


hits
online
Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web 1999 - 2003 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara