Sinopsis
Dr. Rushdi dan
isterinya Mariana menghadiri suatu majlis makan malam yang
diadakan oleh Rozaiman. Ketika majlis berjalan, Dr. Rushdi
menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakitnya. Dia
terpaksa meninggalkan isterinya berseorangan. Mariana dan
Rozaiman kemudiannya berkenalan. Sejak itu mereka menjalinkan
hubungan mesra apabila Dr. Rushdi sering sahaja sibuk melayan
pesakitnya dan mengabaikan isterinya. Pada suatu hari, Dr.
Rushdi terserempak Mariana dan Rozaiman di sebuah hotel. Akibat
kecewa dengan kelakuan sumbang isterinya, Dr. Rushdi cuba membunuh diri
dengan meminum racun tetapi dapat dihalang oleh jururawatnya,
Muliani. Dr. Rushdi terharu dengan sikap simpati Muliani yang
mengaku memendam perasaan kepadanya. Selepas itu, Dr. Rushdi
telah menceraikan isterinya lalu pergi tinggal bersama Muliani
di rumahnya. Rozaiman pula merancang untuk menghapuskan Dr.
Rushdi dan membolot wang insuran Dr. Rushdi yang telah menamakan
Mariana sebagai pewaris hartanya. Dr. Rushdi perlu mencari jalan
menyelamatkan hidupnya dari dimusnahkan.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Omar
Rojik ... Cerita asal
P. Ramlee ... Lakonlayar
Jamil Sulong ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Doktor Rushdi
Sarimah ... Muliani
Sophia Ibrahim ... Mariana
Ed Osmera ... Alimin
Ismail Mahmud ... Rozaiman
Ibrahim Joned ... Zafir
Noor Azizah ...
Idris Hashim ...
Tony Azman ...
Wan Harun ...
Tamam Idris ...
Abdullah Ismail ...
Yusoff Bujang ...
Ahmad Dadida ...
Saloma
...
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Seni
Amin Zaa ... Penolong Jurukamera
Anuar Yusoff ... Pengarah Penataan
Bunyi & Rakaman Awal
Hashim Hamzah ... Pengarah
Sambungan
Joe Ibrahim ...
Penyunting Filem
Johan Ibrahim ... Penolong Penataan
Bunyi
Low Yew Wah ... Pengarah Fotografi
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu & Penulis Senikata
Tan Chuan Hock ... Rakaman Akhir
Penerbit
Merdeka Film Productions
...
Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|