Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis
bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun
adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi. Dia bukan
seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam
dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Bayan Lepas, Pulau
Pinang, Embun berpendapat kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membebaskan Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris dan imperialisme. Bayu adalah seorang lepasan
sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Yaakob serta anak
asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka mempercayai slogan 'Asia Untuk Asia' dan 'Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya'
yang dilaungkan pemerintah Jepun. Suatu hari, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk
perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa untuk
memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen
Akishi dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian perkosaan terbabit
dan menyelamatkan Embun. Embun menjadi lebih sedih apabila ayahnya, Pak Harun dibunuh. Sejak kejadian
itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan
Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan
supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong
Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Set in Malaya during the Japanese occupation in the 1940s, this film tells the story of a girl, Embun, who's
thrown into the forefront of the struggle against the Japanese when her freedom-fighter brother, Bayu,
and father are detained by the Japanese. In the midst of it all, she's also caught in a romantic liaison with
the Japanese army public relations man, Koishi, who is assigned to explain the
Japanese propaganda to the Malays and win their support. Koishi also has a personal mission to fulfils in Malaya: to find the
Malay man who married his mother (in other words, his father) when she served as a
Japanese spy prior to the occupation.
Pengarah
Erma Fatima
Penulis
Rohiman Harun
... Cerita & Skrip asal
Erma Fatima ... Lakonlayar
Pelakon
Umie Aida ... Embun
Hani Mohsein ... Bayu
Aqasha ... Leftenan Koishi
Izi Yahya ... Leftenan Akishi
Rahim Razali ... Pak Harun
Khatijah Tan ... Mak Temah
Ellie Suriaty ...
Melati
Ahmad Tarmimi Serigar ... Jeneral
Kurugawa
Mak Kwai
Yuen ... Saito
Riezman ...
Wan Shades ...
Loloq ...
Razak Ahmad ...
Ismail Din ...
Pekerja (crew)
Kamaruddin
Abu ... Penyunting Filem
Mokhzani
Ismail ... Penggubah Skor Muzik
Teoh Gay Hian ... Pengarah
Sinematografi
Yee I-Lann ...
Pengarah Seni
Penerbit
Filem Negara Malaysia ... Penerbit
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
... Penerbit
Lain-lain
Aziz M. Osman ...
Panel Skrip
Erma Fatima ... Panel Skrip
Fatimah Abu Bakar ...
Panel Skrip
Sujiah Salleh ...
Panel Skrip
Judul
filem: Embun
Judul asal:
Titisan Air Mata Embun Slogan: Lupakan saja tentang rasa itu
kerana ianya tidak akan bersatu di bumi nyata / Antara cinta dan perjuangan Jenis cerita: Drama / Romantik Bahasa: Melayu
Kos
pembikinan filem: RM2 juta Kutipan jualan tiket: RM945,750.96
Teknikal
Jenis filem: 35 mm Corak filem: Warna Tempoh tayangan: 138 minit
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 28 Julai 2001 Antara lokasi penggambaran: Pulau Pinang & Perak
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-47, 2002 (Seoul) ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -
Khatijah Tan
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-16, 2003 ANUGERAH: Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Izi
Yahya Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian Penataan Seni Terbaik - Yee I-Lann Skor Muzik Terbaik - Mokhzani Ismail Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik Anugerah Khas Juri 2 - Nilai sejarah dan
patriotisme
Pertandingan:
Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003 ANUGERAH:
Filem Terbaik - Filem Negara Malaysia
Skrip Terbaik - Rohiman Harun
Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -
Khatijah Tan Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian Suntingan Terbaik - Kamaruddin Abu
TriviA
Filem usahasama pertama terbitan
FINAS dan Filem Negara Malaysia.
Skrip asal filem ini berjudul Titisan Air Mata Embun merupakan pemenang
tempat kedua Pertandingan Penulisan Skrip anjuran
FINAS dan Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM) pada tahun 1998.
Kaitan
filem
Kisah
perjuangan wanita menentang Jepun: Matahari
(1951)
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada LirikLagu.com