Cerita filem
ini bertolak daripada dendam yang tercetus di zaman purba
bilamana Dara dimangsai oleh Silbi, pengamal ilmu syaitan yang
berusia ratusan tahun. Silbi menjadi pengancam zaman berzaman,
dari zaman purba hingga ke zaman moden. Dia muncul setiap kali
bulan purnama untuk memburu anak dara yang dihisap darahnya,
untuk mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajahnya. Dara yang
dimangsai bersumpah akan menuntut bela dan memusnahkan Silbi
yang juga membunuh Teruna, suami Dara. Tetapi untuk melaksanakan
tugasnya, roh Dara perlu meresapkan ke dalam tubuh anak dara
yang lain dan akhirnya yang terpilih ialah Nora, seorang
wartawan yang hidup di zaman moden.
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Zain Mahmood ...
Cerita & Lakonlayar
Aziz M. Osman ...
Cerita
Pelakon
Erma Fatima ... Nora
Faizal Hussein ... Teruna & Rahmat
Mustapha Kamal ... Ratu Silbi
Kuza ... Dara
Melissa Saila ... Azreen
M. Osman ... Kana
Shah Rahman ... Gamat
Alias Yusof ... Encik Suratman
Sarip Noor ... Jack The Ripper
Zarina Zainuddin ... Melor
JD Khalid ... Bapa Melor
Nasir P. Ramlee ... Encik Rahman
Razak Rahman ... Pemain Saksofon
Zain Mahmood ... Pak Samad
Aziz M. Osman ... Wartawan
TS Jeffry ... Wartawan
Azman Monaliza ...
Inspektor Mohana ...
Ali Mohammad ...
Safie Osman ...
Seripah Aminah ...
Pekerja (crew)
Aziz M. Osman ...
Pengarah Seni
Azman Abu Hassan ...
Penggubah
Skor Muzik
Ross Ariffin ...
Penggubah
Skor Muzik
Ibrahim Ahmad ...
Penyunting Filem
Jamal Maarif ...
Pengarah Fotografi
Micheal Gunther ...
Make-up
Penerbit
Zain Mahmood ...
Penerbit
Alias Omar
...
Penerbit Eksekutif
Zahari Zain ...
Penerbit Eksekutif
Teletrade Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Fantasi
Judul asal:
Fantasia Judul Bahasa Inggeris: Fantasy Slogan: Dari zaman gelap, menerusi ilmu
hitam, muncul satu fenomena
baru, yang akan menyayatkan hati anda Jenis cerita: Triller / Seram Bahasa: Melayu
Jenis filem: 35
mm / CinemaScope Corak filem: Warna
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-11, 1994 (Johor) ANUGERAH: Anugerah Khas Juri - Solekan watak
terbaik
TriviA
Versi asal
Fantasia telah diharamkan untuk tayangan pada
tahun 1991.
Pengharaman
filem ini ditarik balik pada tahun 1994 selepas
melalui proses suntingan semula dan diberi judul baru
- Fantasi.
Filem ini
ditayangkan serentak di seluruh negara bersama
filem Femina
(1994).
Antara
babak kontroversi yang ditapis: Dialog sumpahan
Nora dan Dara; Penjelasan Kana tentang asal usul
Ratu Silbi; Adegan roh Dara memasuki jasad Nora;
Pertemuan Nora dan Rahmat dengan roh Dara.
Unsur-unsur
keterbalikan/songsang dalam filem ini: Silbi (iblis),
Kana (anak), Natiahs (shaitan).
Warna
merah mewakili kejahatan dan warna hijau
mewakili kebaikan.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.