Sinopsis
Cerita ini mengisahkan
beberapa perwatakan manusia dengan kisah dan konflik yang
berbeza, di mana mereka ini terdesak dengan permainan kehidupan di
bandar. Rosli merupakan seorang peniaga warung makan bersama isterinya
Dewi. Kisah bermula apabila Rosli mengenali Hamzah yang merupakan seorang agen
skim cepat kaya. Hasil pujukan Hamzah dan keyakinan Rosli
terhadap skim tersebut telah mempengaruhinya untuk turut serta. Namun
disebabkan kekurangan modal untuk melabur dalam skim tersebut, dia telah mengambil
keputusan untuk meminjam duit daripada kumpulan ceti haram.
Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan olehnya hanya tinggal impian
apabila dia mendapati dia ditipu. Masalah menjadi lebih rumit apabila kumpulan ceti haram
tidak dapat menagih pinjaman yang diberikan. Akibatnya mereka telah
menculik anak dan isteri Rosli. Di satu sudut kehidupan yang lain, seorang anak muda yang
terlalu taksub dengan kehidupan remaja kota telah menghancurkan masa
depannya sendiri tanpa disedari. Rizal merupakan seorang remaja yang tenjerumus
dalam kancah perlumbaan kereta haram. Perlumbaan menjadi hebat apabila dia
bertemu dengan seorang pelumba haram yang handal iaitu Legau.
Perasaan ingin mengatasi antara satu sama lain telah menyebabkan kemalangan
jiwa yang mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa. Sufi dan Ria pula merupakan
mangsa daripada manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan untuk
mendapatkan kemewahan dengan cara yang mudah. Ria telah terjerumus
ke dalam sindiket penjualan pil khayal yang diketuai oleh
kekasihnya sendiri, Nala. Ketika perasaan Ria begitu memberontak, dia telah
mengenali Sufi, seorang pelayan di kelab malam tempat dia
bekerja. Sufi merupakan seorang anak muda yang terpengaruh dengan najis
dadah. Perhubungan mereka menjadi rapat sehingga Sufi mengambil keputusan untuk membantu Ria
melarikan diri dari cengkaman Nala. Dapatkah Rosli menyelamatkan isteri dan
anaknya? Mampukah Rizal menandingi kehandalan Legau? Berjayakah Sufi untuk
menyelamatkan Ria? Apakah kesudahan perjalanan kehidupan mereka? Saksikanlah
kesudahannya di dalam Gangster dimana kejahatan bukanlah jalan hidup yang
diredai.
It is a combination of three stories into one
film. All three stories will eventually link at the end of the
movie. The first story is about a get-rich-quick scheme and a loan shark, the second is about a drug-pusher, and the third is on illegal
racing.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Badaruddin Azmi
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Rosyam Nor
... Rosli, Nala & Legau
Umie Aida
... Dewi
Hasnul Rahmat
... Sufi
Ako Mustapha
... Rizal
Pushpa Narayan
... Chitra
Nurul Hana ... Elly
Siti Elizad
...
Aqasha
...
Saiful Apek
...
Adlin Aman Ramli
...
Zack Taipan
...
Pekerja (crew)
Azman Abu
Hassan
... Penata Bunyi
Azmi Jaffri
... Jurusolek
Hazil Izham Ismail ... Penerbit Penyelaras
Raja Mukhriz Raja Ahmad ... Pengarah Fotografi
S. Rakesh ... Penyunting Filem
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Gangster
Slogan: Kejahatan bukan jalan hidup
Judul Bahasa Melayu: Gengster
Jenis cerita: Aksi / Jenayah
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
13 Januari 2005
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM2 juta
Kutipan jualan tiket: RM2.8 juta
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 1
November 2003
Tarikh tamat penggambaran: 2004
Antara lokasi penggambaran: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
ANUGERAH:
Penyunting Terbaik - S. Rakesh
Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
Anugerah Khas Juri 1 - Filem Box-Office
Anugerah Khas Juri 2 - Stunt & Kesan Khas
 |
|
| TriviA
Filem ke-10
terbitan Tayangan Unggul.
Nama watak Legau sebenarnya ialah nama panggilan
untuk Rosyam Nor di kalangan ahli keluarganya.
Empat adegan telah ditapis kerana tidak
diluluskan untuk tayangan oleh Lembaga Penapisan
Filem (LPF)
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Cengkaman
Penyanyi: Nija AF
 |
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 145
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada MyArtis.com (sinopsis).
|
|