Sinopsis
Kamal tinggal
bersama ibunya Salbiah dan ayah tirinya yang mempunyai lima
orang anak. Kamal tidak pernah mengenali ayahnya yang sebenar.
Sementara itu, Intan pula merupakan anak kepada seorang janda
kaya bernama Salmiah yang hidup sebagai perempuan simpanan
jutawan Basiron. Pada suatu hari, terjadi pertengkaran antara
Kamal dan ibunya yang memberitahu bahawa Kamal sebenarnya adalah
anak luar nikah hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki
yang tidak bertanggungjawab. Kamal lari meninggalkan rumah dan
telah berkenalan dengan Intan. Mereka menjalinkan hubungan cinta
dan Intan mempelawa Kamal ke rumahnya. Ibu Intan, Salmiah telah
terpikat kepada ketampanan Kamal dan menggodanya. Hati muda
Kamal tidak mampu menahan godaan tersebut, maka terjadilah
kelakuan sumbang antaranya dan Salmiah. Lama kelamaan, hubungan
mereka dapat dikesan oleh Intan. Kerana kecewa, dia
menjauhkan diri daripada ibunya. Intan kini berkerja sebagai
setiausaha dan mempunyai teman lelaki iaitu Lt. Zainal. Di
pejabat, Intan sering diganggu oleh ketuanya Che' Hamdan yang
ingin memikatnya. Suatu hari, Intan telah diperdaya oleh bekas
teman lelakinya, Rahmat yang mengajak beberapa orang kawannya
merogol Intan. Apabila Intan cuba mendapatkan pertolongan Lt.
Zainal, dia mendapati Zainal berada dalam pelukan perempuan
lain. Kerana tidak lagi mempercayai lelaki-lelaki muda yang
telah mengkhianatinya, Intan bersedia menerima kemahuan ketuanya
Hamdan yang berusia lebih 40 tahun. Hubungan Salbiah, Kamal,
Intan, Salmiah dan Hamdan mempunyai banyak rahsia yang akan
terbongkar dengan pembunuhan yang menggemparkan.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Osman
Abadi ... Cerita, Lakonlayar & Dialog
P. Ramlee ... Lakonlayar &
Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Che' Hamdan
Sarimah ... Salmiah
Arman Yadi ... Kamal
Idris Hashim ...
Ahmad Dadida ...
Minah Hashim ...
Norsiati ...
Minah Yem ...
Sharif Baboo ...
Isma Rubee ... Intan
Mariati Abdul Rahman ...
Zaiton
Bob Mustafa ... Rahmat
Adik S. Noraini ...
Adik Zuraidah Sulaiman
...
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ...
Pengarah Seni
Amin Zaa ... Penolong Penataan
Bunyi
Anuar Yusof ... Rakaman Awal
Bakar Jaafar ... Penjaga Sambungan
Esa Ahmad ... Pelukis
Johan Ibrahim ... Penolong Rakaman
Suara
Johari Ibrahim ...
Penyunting Filem
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu, Muzik & Penulis Senikata
Rokiah Osman ... Make-up
Rosalind Teoh ... Pencetak
Siew Chan Wa ... Pengarah Fotografi
Tan Chuan Hock ... Rakaman Akhir
Penerbit
Merdeka Film Productions
...
Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
P. Ramlee
Orkestra ... Persembahan Muzik Latar
|
Judul
filem:
Gelora
Slogan: Anak, ayah dan ibu... terlibat
dalam satu tragedi bercinta sayang yang penuh
keganjilan!
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti (sinopsis & poster filem).
|
|