Sinopsis
Mimi menggemari
muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah
menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Mel yang merasakan muzik
dangdut agak kekampungan, dan Pam yang bimbang popularitinya
tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru (Mr. X) menyemarakkan
lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai
menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya.
Pada suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan
nyanyian. Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraannya, dan dia juga
cuba menyekat penyertaan Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan
jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan
tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana
begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Mel
sedang membuat persembahan. Mel kemudiannya mencapai sebuah
gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat
dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi. Akhirnya, keputusan
pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi
pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Mel.
Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan
menerima diploma masing-masing.
Pengarah
A. Razak Mohaideen
Penulis
Shahrul Ezat Mohameddin ...
Skrip asal
A. Razak Mohaideen ...
Lakonlayar
Pelakon
Baby (Res 2) ... Mimi
Lan (A to Z) ... Mel
Maya ... Pam
Umie (Res 2) ... Kawan
Mimi
Sham (Visa) ... Kawan
Mel
Kuman (Bob KU2) ... Kawan
Mel
Eisya ... Kawan
Pam
Azean Irdawaty ... Ibu Mimi
Ismail Din ... Bapa Mimi
Shafi Khan ... Mr.
X
Kartina Aziz ... Ibu
Mr. X
Jaafar Onn ... Pensyarah
Zami Ismail ... Pemandu
Nasriah Ngasri ... Adik
Mimi
Amir & Group ... Pelajar
kolej
Pekerja (crew)
Azman Abu Hassan ...
Penggubah
Skor Muzik
Hashim Omar ...
Pengurus Produksi
June Yunus ...
Eksekutif Produksi
Surias Ma'arif ...
Pengarah Seni
Zainal Abidin Othman ...
Pengarah Fotografi
Penerbit
Khalil Mohd Zain ... Penerbit
Lazizah Ahmad ... Penerbit Eksekutif
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Gemerlapan
Jenis cerita: Komedi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu: Nicky
dan Rozie
Penyanyi: Kumpulan KU2
Nicky...
Rozie...
Dua orang gigeli
Tackle pakwe sana sini
Macam superstar
Nicky...
Rozie...
Jangan ambil hati
Terima nasihat dari kami
KU2 di sini
Nicky pulanglah sayang
Rozie pulanglah sayang
Pulanglah ke asalmu
Nicky sedarlah sayang
Rozie sedarlah sayang
Sedarlah oh sayangku
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|