Sinopsis
Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran
VCD lucah dan pil ecstacy. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh
(Castelo dan Rafayel). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam
kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan
Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram
tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu
siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah
menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula
menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat. Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat
liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang
semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram
(Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka
merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam
kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka
sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang
dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi
menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.
This film is
about a special police unit, headed by Inspectors Mazlan and
Aleeza, which was set up to battle major crime syndicates
dealing in pirated porn VCDs and ecstasy pills. Two of the major
rival syndicates are headed by Castelo and Rafayel. Things are
further complicated by the arrival of Inspector Shafikah and a
TV journalist, Azura.
Pengarah
Yusof Haslam
Penulis
Yusof Haslam
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
AC Mizal ... Inspektor Mazlan
Abby Abadi ... Inspektor Aleeza
Erra Fazira ... Inspektor Shafikah
Normala Samsudin ... Azura
Rosyam Nor ... Castelo
Norman Hakim ... Rafayel
Nasha Aziz ... Suzana
Mazlan Pet Pet ... Salleh
Yusof Haslam ... DSP Helmi
Shaharon Anuar ... ASP Saiful
A. Galak ... Sarjan Hashim
Farid Amirul ... Detektif Lim
Din Maidin ... Detektif Lingam
Zul Yahya ... Roy
Pekerja (crew)
A. Galak
...
Penolong Pengarah
Ambri Kailani ...
Penolong Pengarah
Peter Lim ... Pengarah Penataan
Bunyi
Penerbit
Yusof Haslam
... Penerbit
Skop Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Gerak Khas The Movie
Slogan: Pengorbanan bakti polis dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan keamanan negara
Jenis cerita: Aksi / Jenayah
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
1 Mac 2001
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan & promosi filem: RM1.35 juta
Kutipan jualan tiket: RM4,396,053.25
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Kuala Lumpur, Pelabuhan Kelang & Pulau Pinang
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
ANUGERAH:
Pelakon Komedi Terbaik - Mazlan Pet Pet
Penataan Bunyi Terbaik - Peter Lim
|
|
| TriviA
Gerak Khas merupakan siri TV tempatan paling popular yang ditayangkan di TV1 sejak awal 1999.
Filem ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Polis Di Raja Malaysia.
Rosyam Nor telah menerbitkan sebuah filem
berjudul
Castello (2006) berdasarkan wataknya dalam
filem ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|