Sinopsis
Musyid, seorang
yang kaya mempunyai empat orang anak: Kamal, Azman, Bakhtiar dan
Tijah. Kamal sering menghabiskan masanya dengan melukis. Pada
suatu hari, Kamal berkenalan dengan seorang penari kelab malam,
Leela, dan berminat untuk melukis potretnya. Hubungan mereka
berlanjutan dan menjadi semakin mesra hingga Kamal mengambil
keputusan berkahwin dengan Leela. Bapa Kamal, Mursyid dan juga
bapa Leela tidak merestui hubungan mereka. Oleh kerana cinta itu
buta dan tidak memilih rupa dan bangsa, maka Kamal dan Leela
melarikan diri daripada keluarga masing-masing dan berkahwin
sebaik sahaja Leela memeluk agama Islam. Mereka berdua hidup
gembira walaupun dalam serba kekurangan. Selepas setahun, Leela
melahirkan seorang anak. Kamal juga terpaksa menjadi penjual
ikan dan sayur kerana pendapatan melukisnya yang tidak seberapa.
Suatu hari, adik Kamal yang bernama Tijah datang bertemu mereka
dan menyampaikan berita bahawa bapa mereka telah meninggal dunia.
Apabila wasiat dibacakan, Kamal tidak mendapat walau sedikit pun
harta peninggalan bapanya. Jalil, bapa saudara Kamal mengajak
Kamal sekeluarga tinggal bersamanya. Kamal juga diberikan kerja
menguruskan syarikat Jalil. Kehidupan Kamal sekeluarga bertambah
senang. Tanpa disangka-sangka, panas yang diharapkan hingga ke
petang bertukar muram, sebab gerimis turun di tengahari.
Ketenteraman rumahtangga Kamal terancam apabila dia bertemu
Tinah, seorang penyewa yang berurusan dengan syarikat bapa
saudaranya Jalil.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Amir
Rasyid ... Cerita
AR Tompel ... Lakonlayar
P. Ramlee ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Kamal
Chandra Shamugam ... Leela
AR Tompel ...
Pak Yem ... Murshid
Ruminah Sidek ... Tinah
Tony Azman ... Azman
Bakhtiar
... Bakhtiar
Khatijah Hashim ... Tijah
VI Stanley ... Bapa Leela
D. Theresa ... Ibu Leela
Idris Hashim ...
Karim Latiff ...
Noran Nordin ...
Hashim ...
Hoon Thye Choong ...
Baby Sabaruddin ...
Saloma ...
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Seni
Amee Zaa ... Penolong Penataan
Bunyi
Esa Ahmad ... Pelukis
Hashim Hamzah ...
Penolong Pengarah
Ho Bee Yoon ... Pencetak
J. White ... Penolong Jurukamera
Jamil Sulong ... Penulis Senikata
Johari Ibrahim ...
Penyunting Filem
Low Yew Wah ... Pengarah Fotografi
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu & Muzik
RE Shanmugam ... Penulis Senikata
(Tamil)
Rokiah Osman ... Make-up
Tan Chuan Hoon ... Pengarah
Penataan Bunyi
Penerbit
Merdeka Film Productions ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Gerimis
Slogan: Berlainan bangsa, berlainan
keturunan... Dapatkah mereka mendirikan
rumahtangga bahagia, bersama untuk
selama-lamanya?
Jenis cerita: Drama
Bahasa utama: Melayu
Bahasa lain: Tamil

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
Mei 1968
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 05.012
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti (sinopsis & poster filem).
|
|