Sinopsis
Awie memiliki sebuah bengkel mekanik di sebuah kawasan setinggan dan di situ terdapat sebuah kumpulan
muzik dikenali sebagai Kristal yang dianggotai oleh remaja belasan tahun. Awie tertarik hati dengan
permainan muzik kumpulan itu dan berjanji untuk mengetengahkan mereka sebagai artis
rakaman. Sementara itu Mona terpikat kepada kemuliaan hati Awie dan saling bercinta, tetapi dalam
masa yang sama tumpuan telah mereka diberikan kepada Kristal agar berjaya menjadi artis popular. Zamri pula yang
kecewa kerana cintanya kepada Mona tidak berbalas telah menyimpan dendam kepada Awie dan Mona.
Dalam usahanya untuk menggagalkan cita-cita Awie dan Mona, Zamri bertemu Sam yang juga menyimpan
dendam kepada Awie. Mereka sepakat dan berjaya memerangkap Awie dan
mengheretnya ke dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan Awie parah dipukul sekali gus hilang ingatannya. Justeru tanpa Awie
menyebabkan Kristal hilang semangat untuk berjuang, malah merasakan menjadi artis rakaman tidak
memberi apa-apa erti. Hanya cinta dan keyakinan Mona pada Awie yang akhirnya memulihkan
segalanya.
Awie is a mechanic and owns his own workshop in a secluded place. One day, he discovered a group of
teenagers rendering a number as a band and was impressed by what he saw. He promised the youngsters
that he would make them famous recording artistes. In the midst of all this, Awie fell in love with Mona,
who was attracted to Awie's righteous attitude. They even shared a similar vision and
that is to promote this group of youngsters and propelled them to stardom. But all of these dreams are about to meet a
crushing blow when Zamri and Sam, enemies of Awie, beats Awie up, which resulted in him losing his
memories. With no Awie to guide and motivate them, the young band was without the feeling of hope.
Pengarah
Nagaraj
Penulis
Raw D'Noer
... Skrip asal
Nagaraj ...
Lakonlayar
Pelakon
Awie ... Awie
Fiza (Elite) ... Mona
Faizal Hussein ... Zamri
Aida Rahim ... Aida
Opie Zami ... Opie
Nurul Jasmin Deo ...
Arash ...
Rashidah Jaafar ...
Bob Lokman ...
Kumpulan Kristal ...
Kumpulan XPDC ...
Pekerja (crew)
Mariam Ibrahim ...
Penyunting Filem
Mohd Jeffri Yusoff ...
Pengarah Fotografi
Peter Lim ...
Penggubah
Skor Muzik
Penerbit
Nagaraj
... Penerbit
SV Production Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Getaran
Slogan: Bila tekanan semakin memuncak, jalan penyudah seakan buntu...
Jenis cerita: Romantik / Muzikal
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
30 Ogos 2001
|
|
|
Urusniaga
Kutipan jualan tiket: RM840,640
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
/ CinemaScope
Corak filem: Warna
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu: Seragam Hitam
Penyanyi: Kumpulan Kristal
Ku suka, kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah
Ku cinta, kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi, jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam
Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman kini serba pantas
Lambat sikit kita 'kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat
 |
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|