Zul telah pun
bertunang dengan Fatimah dan merancang untuk melangsungkan
perkahwinan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun Fatimah pula
telah dipilih menyertai rancangan realiti TV, Akademi Idola dan
muncul sebagai juara. Setelah berjaya, Fatimah menggunakan nama
Irma. Herman dan Sheera yang mengelola rancangan tersebut
bertanggungjawab mengendalikan karier dan imej Irma. Tarikh
perkahwinan yang dijanjikan semakin hampir tapi Zul tidak
dibenarkan bertemu dengan Irma. Pada satu sidang akhbar, Herman
mengumumkan bahawa Irma telah putus tunang. Sementara itu Sheera
yang diberhentikan oleh Herman, berazam untuk membantu Zul
bertemu semula dengan Irma. Sheera kemudian bertemu dengan Awin,
bekas penyanyi dari kumpulan rock. Dengan bantuan Awin dan Mala
seorang jurulatih senamrobik yang juga rakan serumah Sheera,
mereka berjaya membentuk Zul menjadi seorang artis dan
mempertemukan dia dengan Irma dalam satu pertunjukan pentas.
An artiste
manager has a week to transform a loser into a rock star in
order to help him win back his girlfriend – a reality show
winner!
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakon layar
Pelakon
Erra Fazira ...
Sheera
Afdlin Shauki ... Awin
Saiful Apek
... Zul
Norman Hakim ... Herman
Linda Nanuwil (AF2) ...
Fatimah @ Irma Fatima
Nora Danish ... Mala
Bonda Afida Es ...
Nenek Fatimah
Sarip Nor ...
Bapa Fatimah
Haris Aben Fadhillah ...
Aziz M. Osman
...
Erma Fatima ...
Yusof Haslam ...
Pekerja (crew)
Ali
Mohamad ... Pengarah Seni
Aziz M.
Osman ... Penyunting Filem
Azman Ismail ... Penerbit
Penyelaras
Dol Baser ... Penolong Pengarah
Mohd Helmi Mohd Yusof ... Pengarah
Fotografi
Tini Arshad ... Pengurus Produksi
Penerbit
Yusof Haslam
...
Penerbit
Aziz M.
Osman ... Penerbit
Ismail Mustafa ... Penerbit
Eksekutif
Nor Aliah Lee ... Penerbit
Eksekutif
Skop Productions Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Ace Motion Pictures Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Gila-Gila Pengantin Popular
Judul
poster: GGPP Gila Gila Pengantin Popular
Jenis cerita: Komedi Bahasa: Melayu
Tarikh mula
penggambaran: September 2004
Tarikh tamat
penggambaran: Oktober 2004
Antara lokasi penggambaran: Kuala Lumpur, Melaka & Hulu
Langat, Selangor
TriviA
Watak lakonan
Linda Nanuwil menggunakan suara pelakon lain
kerana Linda tidak mampu berdialog seperti yang
dikehendaki oleh wataknya. Nama pelakon yang
meminjamkan suara tersebut telah dirahsiakan
oleh pengarah Aziz M. Osman.
Pada poster filem, Saiful Apek ditampilkan
dengan berambut panjang, sedangkan watak beliau
dalam filem adalah berambut pendek.
Gambar kedudukan pasangan pengantin pada poster
filem telah menjelaskan jalan cerita dan penamat
filem ini.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!