Filem ini
mengisahkan lima pelajar jurusan seni persembahan dari
Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Rozan, Mira, Ika, Didi dan
Tris dipilih mengadakan lawatan sambil belajar selama tujuh hari
ke Jogjakarta, Indonesia. Mira agak pendiam dan berdarah kacukan
Indonesia, Tris pula rugged dan agresif manakala Ika gadis
lembut dan tidak suka aktiviti lasak. Rozan pula sentiasa
menganggap dirinya ketua dan menaruh hati pada Mira. Dia juga
tidak percaya dengan hantu. Didi pula lelaki berkaca mata dan
penakut. Mereka dibawa melawat Muzium Kesenian Jogja yang
menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan
muzik sejak zaman kerajaan Majapahit, Matara, Hindu hinggalah
zaman Mataram Muslim. Antara puluhan artifek dipamerkan, Tris
tertarik dengan gong purba yang kecil dan cantik. Kurator Muzium
menerangkan gong purba itu digunakan untuk majlis kraton tetapi
sejak hujung kurun ke-17, ia tidak lagi digunakan selepas
tragedi membabitkan keluarga pembesar kraton. Sumpahan gong itu
terjadi jika ia dipukul lima kali. Pelbagai kejadian berlaku
apabila Tris membawa pulang gong itu.
Pengarah
Sandosh Kesavan
Penulis
Gibran Agi
... Skrip
Pelakon
Jehan Miskin
... Rozan
Fasha Sandha
... Mira
Elyana ... Ika
Faizal Yusuf
... Didi
Sharifah Sofia
... Tris
Pekerja (crew)
Lazizah Ahmad ... Pengurus Produksi
Penerbit
Ahmad
Puad Onah ... Penerbit
Grand
Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Gong
Slogan: Tragedi silam 400 tahun terhurai...
Jenis cerita: Misteri / Seram Bahasa: Melayu
Tarikh mula penggambaran: 23
Februari 2005
Antara lokasi penggambaran: Universiti Gadja Mada,
Institut Seni Indonesia, Muzium Negeri Sonobudoyo, Taman
Sari, Gua Cerme, Padang Pasir, Kawasan Perumahan
Bayumas, Jogjakarta (Indonesia)
TriviA
Penggambaran
filem ini dilakukan sepenuhnya di Indonesia.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!