Sinopsis
Hang Tuah dan
empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang
Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal
di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut
ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari,
mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang
lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan
ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya.
Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat
menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai
Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa
rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang
menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana
ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris
Taming Sari. Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke
Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri
Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari
Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun
Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik
Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari
Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut
menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum
bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang
Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan
terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.
Hang Tuah and his four sworn brothers, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Lekiu, has pledged
to protect the Sultan of Malacca. With their dedication, the five brothers rose quickly from the ranks,
especially Hang Tuah whom has proven himself to be an able warrior and leader. When Hang Tuah
managed to persuade Tun Teja to marry the Sultan of Malacca, the Sultan was overjoyed and
rewarded Hang Tuah with full honours. The old guards felt threatened and envious, decided to frame him. The
Sultan, without investigating the story, ordered Hang Tuah be killed immediately. Hang Jebat, felt
betrayed by the Sultan, sworn revenge and created havoc and chaos in the city of Malacca. Unknown to
Hang Jebat, Hang Tuah was kept alive secretly by one of his allies. The final
showdown brought us to the famous duel between Hang Tuah and Hang Jebat. Hang Tuah, defending the Sultan of Malacca and Hang
Jebat, defending the prosecution of his sworn brother and leader, Hang Tuah. Who is right and who is
wrong? You decide...believe it or not, this topic is still hotly debated.
Pengarah
Phani Majumdar
Penulis
MC ff. Sheppard
... Cerita (berdasarkan
cerita asal Hikayat Hang Tuah)
Phani Majumdar
... Lakonlayar
Buyong Adil ... Dialog
Jamil Sulong ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Hang Tuah
Saadiah ... Melor
Ahmad Mahmud ... Hang Jebat
Zaiton ... Tun Teja
Haji Mahadi ... Sultan
Melaka
Daeng Idris ... Dato'
Bendahara
Yusof Latiff ... Tun Mat
Nordin Ahmad ... Hang Kasturi
S. Shamsuddin ... Hang
Lekir
Aziz Satar ... Hang Lekiu
Hashim Nur ... Adiputra
Siti Tanjung Perak ...
Mariani ...
Saamah ...
Salbiah
...
Mustarjo ...
Nyak Osman ...
Rahmah Rahmat ...
S. Sudarmaji ...
Omar Hitam ...
Salleh Kamil ...
Omar Suwita ...
Jaafar ...
Muhammad Hamid ...
Malik Sutan Muda ...
A. Rahim ...
Mustapha Maarof ...
S. Kadarisman ...
Mahmud June ...
Raja Hamidah ...
Pekerja (crew)
A.
Bakar Lahak ... Penolong Jurukamera
Abdullah Hussin ... Penasihat adat
budaya Melayu
Amy Tan ... Make-up artis
Buyong Adil ... Penasihat adat
budaya Melayu
Chan Chew Tong ... Rakaman Lagu
Devdatta Jetley ... Pereka Tari
HR Narayana ...
Penyunting Filem
Ikhwan Khalil ... Penjaga Sambungan
Jamil Sulong ... Penolong Pengarah
& Penulis Senikata
JS Anthony ...
Pengarah Seni
KM Basker ... Pengarah Bersekutu
Kwek Chip Jian ...
Pengurus Produksi
Lim Yew Hai ... Penolong Penyunting
Filem
Mahmud Ahmad ... Penasihat adat
budaya Melayu
Malik Sutan Muda ... Jurulatih
Silat
Max Factor ... Make-up
NB Vasudev ...
Pengarah Fotografi
Ooi Chik Seng ... Penolong Penataan
Bunyi
P. Ramlee
... Penggubah Lagu & Skor Muzik
S. Sudarmaji ... Penjaga Sambungan
Yap Poh Kai ... Pengarah Penataan
Bunyi
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
P. Ramlee ... Penyanyi Latar
Normadiah ... Penyanyi Latar
Lena ... Penyanyi Latar
MFP Studio Orkestra ... Persembahan
Muzik Latar
|
Judul
filem:
Hang Tuah
Slogan: The adventure of the immortal
Malay Warrior of Malacca brought to the screen
for the first time!
Jenis cerita: Drama / Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
28 Januari 1956
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna (Eastmancolor)
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong
Kong)
ANUGERAH:
Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee
Penyertaan:
Festival Filem Antarabangsa, Jun 1956 (Eropah)
|
|
| TriviA
Filem ini turut
ditayangkan di Indonesia dan Thailand.
Di Thailand,
filem ini diberi judul "Wirak Boros Malaka" yang
bererti Pahlawan Melaka.
|
|
|
|
| Dialog
"Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" -
Hang Tuah
"Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" -
Tun Teja
"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan
menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak
adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" -
Hang Jebat
"Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" -
Hang Jebat
"Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" -
Hang Tuah
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(poster & maklumat filem).
|
|