Sinopsis
Amir ialah
seorang pelayan restoran yang bercita-cita menjadi penggubah
lagu. Dia meminati Aminah, seorang penyanyi di tempat kerjanya.
Amir meminta Aminah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tetapi
Aminah tidak berminat. Sementara itu, Hasnah, juruwang di
restoran itu berasa simpati terhadap Amir yang dihina oleh
Aminah apabila Amir menyatakan rasa cintanya pada Aminah. Dalam
diam, Hasnah turut menyimpan perasaan terhadap Amir. Pada suatu
hari, sorang pemilik opera bernama Zakaria mengunjungi restoran
itu dan terdengar lagu-lagu ciptaan Amir, lalu mempelawa Amir
bekerja di tempatnya. Amir tidak mahu pergi sekiranya Aminah
tidak ikut bersama. Akhirnya Zakaria mengambil mereka berdua
bekerja di tempatnya. Semakin lama, lagu-lagu ciptaan Amir
semakin disukai ramai dan Aminah juga tidak lagi membenci Amir.
Mereka berdua berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama
Nana. Amir terlalu sayang kepada Nana hingga tidak menghiraukan
hubungan Aminah dengan seorang lelaki bernama Hassan. Amir
menerima Hassan sebagai sahabat tanpa mengetahui niat sebenar
Hassan yang cuma inginkan harta. Akibatnya Hassan berjaya
memujuk Aminah meninggalkan Amir. Aminah turut membawa anaknya
Nana bersama-sama. Amir begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Hasnah yang mendapat tahu perkara itu, pergi memujuk Amir untuk
kerja semula di restoran lama supaya dapat melupakan Aminah dan
Nana.
Pengarah
BN Rao
Penulis
BN Rao
... Cerita
S. Hassan Sahab ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Amir
Siput Sarawak ... Aminah
Aini Hayati ... Hasnah
Baby Zarinah ... Nana
Haji Mahadi ... Hassan
Mustarjo ... Zakaria
Hashim Nor
...
Malik Sutan Muda ...
Fatimah A ...
Pekerja (crew)
A.
Bakar Lahab ... Penolong Jurukamera
Chan Chiew Tong ... Jurusuara
Edith Castello ... Pereka Tari
G. Kollaart ... Penjaga
Sambungan
HR Narayana ... Penyunting Filem
Jamil Sulong ... Penulis Senikata
Law Shing Seat ... Penolong
Jurusuara
M. Haniff ... Pelukis
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
Rasul Hashim ... Pelukis
Pemandangan
RC Purushotham ... Jurukamera
S. Hassan Sahab ...
Penolong Pengarah
V. Radhakrishnan ... Pengawal
Proses
Wong Fun ...
Penyunting Filem
Penerbit
Malay
Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|