Sinopsis
Raiha, seorang
ibu buta yang miskin tinggal di sebuah kampung di kawasan Sungai
Besi di Kuala Lumpur bersama anaknya Raimy yang berumur sembilan
tahun. Raimy terpaksa bekerja sebagai pencuci kasut untuk
menyara kehidupan mereka. Raimy amat meminati muzik dan
bercita-cita menjadi peniup trompet terkenal. Pada suatu hari,
seorang pemuzik terkenal bernama Zulkifli baru keluar dari
sebuah kedai alat muzik. Raimy yang berada di kawasan itu
ternampak dompet Zulkifli terjatuh dengan tidak sengaja. Dia
memulangkan dompet tersebut. Setelah berbual, Zulkifli mendapat
tahu tentang cita-cita Raimy untuk menjadi peniup trompet.
Zulkifli ingin membantu dan mengajar Raimy tentang muzik.
Setelah bertahun-tahun berlatih di bawah Zulkifli, Raimy
akhirnya berjaya menjadi peniup trompet terkenal di Singapura.
Semasa di Singapura, Raimy berkenalan dengan jirannya yang
bernama Hamidah. Sementara itu, seorang perempuan bernama Ratna
mengatur rancangan untuk mengikis kekayaan Raimy dan merosakkan
hubungan Raimy dengan gurunya Zulkifli dan juga ibunya Raiha.
Set in a kampong within the Sungai Besi area of Kuala Lumpur, a poor blind mother lives with her son Raimy who loves music. He vows to become a
famous trumpeter one day after hearing a renowned musician Zulkifli play on his trumpet. As luck would have it, Raimy meets Zulkifli accidentally and
learns of the boy's ambition and becomes his mentor. With years of training under Zulkifli, Raimy soon realises his dream.
Pengarah
S. Ramanathan
Penulis
S. Ramanathan
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee ... Raimy
Neng Yatimah ...
Raiha
Aini Hayati ... Ratna
Rosnani Jamil
... Hamidah
Haji Mahadi ... Zulkifli
Nordin Ahmad
...
Salleh Kamil
...
Mustarjo
...
Johnny Tan
...
Johar
...
Adik Rahman
...
Adik Rosli
...
Pekerja (crew)
Ahmad
Jaafar ... Penggubah Lagu & Penulis Pantun
CB Tan ... Pengarah Tarian Mambo
Chan Chew Tong ... Jurusuara
Edith Castillo ... Pengarah Tarian
Mimpi
HR Narayana ...
Penyunting Filem
Johnny Tan ... Penjaga Sambungan
Lam Shing Seat ... Pembantu
Jurusuara
Lena Marcello ... Pengarah Tarian
Mambo
Nan Kai Juan ... Pembantu
Jurugambar
NB Vasudev ... Jurugambar
P. Ramlee ... Pembantu Pengarah
& Penulis Senikata
Sulaiman Osman ... Hiasan
Pemandangan
V. Radhakrishnan ... Proses Makmal
Wong Fun ... Penyunting Filem
Yap Poh Kai ... Jurusuara
Penerbit
Malay
Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
Ahmad Jaafar Orkestra ...
Persembahan Muzik Latar
|
Judul
filem:
Ibu
Judul Bahasa Inggeris: Mother
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
13 Jun 1953
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
Tempoh tayangan: 122 minit
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Ibu
Penyanyi: P. Ramlee
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
 |
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|