Sinopsis
Nyonya Mansoor
ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat dan
kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang
pemuzik bernama Kassim Selamat. Mereka berhubungan melalui
telefon dan perjumpaan dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya
Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana
Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi sejak sekian
lama. Tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang
tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Oleh
kerana Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan menentang
keputusan ibunya, dia dinikahkan dengan Kassim Selamat lalu
dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor. Kassim Selamat dan
Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk
memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya
Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang
kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup
serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai
buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor
menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang
Sabariah telah meninggal dunia. Kerana terlalu sedih, Kassim
Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat
lagi melihat dan akhirnya menjadi buta. Dia diselamatkan oleh
seorang perempuan ketika sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan.
Di rumah perempuan tersebut, seorang lelaki bernama Mamak Maidin
membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka
mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya
Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat
kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju
dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan
di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan
meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan
penglihatan Kassim Selamat...
Kassim Selamat, a talented saxophonist with a golden voice, was naturally adored by female fans. One fan, Sabariah Mansoor, made a courageous effort to meet him in person. It was love at first sight for both of them. When Sabariah's mother,
Nyonya Mansoor, found out that she wanted to break her relationship with her fiancee, Doktor Ismadi, she was furious. And matters was made worst since Kassim Selamat was a musician. They got married and left Singapore for Penang thinking of starting life anew.
When Sabariah was pregnant, Nyonya Mansoor took Sabariah back to Singapore and sent a false
telegram to Kassim stating Sabariah has passed away while giving birth. Kassim was devastated and cried night and day till he lost his vision and became blind. He was taken in by a kind hearted lady. Mamak Maidin heard Kassim playing the saxophone and suggested that they tour the whole of Malaysia.
In the meantime, Sabariah got married to Doktor Ismadi. She persuaded her husband to operate on Kassim's blind eyes. Was the operation successful? What did Kassim do when he realised that Sabariah is alive all this while? Did
Nyonya Mansoor managed to lie her way through again?
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Ahmad Nisfu ...
Cerita asal
P. Ramlee
... Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee
... Kassim Selamat @ Osman Jailani
Sarimah ... Sabariah Mansoor
Ahmad Mahmud ... Doktor Ismadi
Zaiton ... Kalthom B @ Chombi
Mohd Hamid ...
Mak Dara ... Nyonya Mansoor
Ahmad Nisfu ... Mamak Maidin
Rahimah Alias ...
K. Fatimah ...
Shariff Dol ...
Zainon Fiji ... Mami
M. Zain ... Abang Ali
Kuswadinata ...
Tunang Chombi
Pekerja (crew)
A. Bakar Ali
... Jurugambar
AV Bapat ... Pereka Bangunan
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu
S. Sudarmaji ... Pembantu Pengarah
Penerbit
Malay
Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada LirikLagu.com, FarahAqil.com
(sinopsis & poster filem).
|
|