Sinopsis
Farah merupakan seorang peguam syariah yang terkenal dan juga kakak kepada
Nana. Manakala Mukriz pula adalah abang serta pengurus kepada penyanyi popular Elise. Masalah mula timbul apabila Nana mula
menjadikan penyanyi popular, Elise sebagai role-model. Bagi Farah, manusia di dunia hiburan tidak layak
untuk dijadikan sebagai role-model. Ketika inilah Farah mula berkenalan dengan Mukriz
dan lama-kelamaan dia mula menaruh hati terhadap Mukriz. Namun salah faham terjadi apabila Farah menyangka bahawa
Mukriz berlaku sumbang dengan jandanya, Rubi. Nana pula hilang kepercayaan terhadap penyanyi
kesayangannya, Elise selepas melihat Elise bermain cinta dengan Jimi yang juga jejaka idaman Nana. Kini
Nana mula menyedari akan kebenaran kata kakaknya mengenai dunia
hiburan. Apakah yang akan terjadi kepada Farah dan Nana? Mampukah Farah menjadi role-model bagi adiknya setelah dia mula terlibat dalam
dunia hiburan secara tidak langsung?
A story about
role models and idols, "Idola" tells the tale of Farah,
a lawyer and the elder sister of Nana. Trouble brews when Nana
starts to idolised Elise, a popular singer, which is a big no-no
for Farah, who thinks that people from the entertainment world
should not be trusted, let alone be role models. This creates
tension between Farah and Mukriz, the older brother and manager
of Elise. Through all that bickering, the two start developing
feelings for each other. But all of this will be put to the test
when Nana finds out something negative about her idol...
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Skrip
Pelakon
Norman Hakim
... Mukriz
Normala Samsudin ... Farah
Jeslina Hashim ... Elise
Sharifah Aleya ... Nana
Danny (X-Factor) ... Jimi
Sheila Mambo ... Rubi
Wahid (Senario) ...
M. Rajoli ...
Julie Dahlan ...
Nor Aliah Lee ...
Halim Othman ... DJ radio
Tuty ...
Diana Danielle ...
Pekerja (crew)
Misnin Mohd Ehsan
...
Pengurus Produksi
Nazrul Ashraff ...
Pengarah Seni
Zaiton Kassim ...
Penolong Pengarah
Penerbit
Tayangan Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Idola
Jenis cerita: Romantik / Komedi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
7 Mac 2002
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1 juta
Kutipan jualan tiket: RM958,753.83
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 100 minit
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: Julai 2001
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003
ANUGERAH:
Pelakon Harapan - Sharifah Aleya
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Selintas Kesan
Penyanyi: Jeslina Hashim
Ingin daku menyusun nada
Ingin hati melukis kata
Menghias senandung dalam hati mesra
Agar tenang nalurimu damai sanubari
Bukan maksud kata memuja
Bukan hasrat paduan cinta
Hanyalah ilham datangnya menjelma
Tiada kuduga andaikan saja hiburan jiwa
Walau laguku persembahkan
Hanya pada dirimu
Terlukis kenangan yang indah
Kini hanya dalam selintas kesan
Jika lagu ku kau terima
Nyanyikan di kala sepi
Jika nada laguku ini
Tidak seindah pujangga legenda
Hanya sekadar
Oh kawan selintas kesan
Jika nada irama lagu
Mengguris cinta dan rasa
Jika syair kata menyimpang
Biar lagu hilang
Dan terus berlalu
Maafkanlah daku
Izin aku undur diri
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|