Sinopsis
Yazmin, gadis
remaja yang kehilangan ibu kandung, telah dihalau keluar oleh
ayahnya yang terlalu menuruti kehendak ibu tirinya. Untuk
menampung kehidupannya, Yazmin bekerja sebagai penyanyi kelab
malam dan pada waktu yang sama menghadapi masalah hubungan cinta
dengan kekasihnya yang curang. Yazmin kecewa dengan kehidupannya
lalu mengambil keputusan berhijrah ke Cameron Highlands untuk
menemui bapa saudaranya. Malangnya, bapa saudaranya itu sudah
berpindah ke tempat lain. Dengan bantuan Pak Hamid, seorang
pekebun yang bersimpati dengan nasib Yazmin, Yazmin mendapat
kerja sebagai jururawat peribadi kepada Tuan Zahari yang
menghidapi penyakit jantung dan juga anak kepada seorang tokoh
korporat, Tan Sri Azman. Kehadiran Yazmin telah memberi harapan
baru kepada Tuan Zahari untuk menjalani kehidupan yang lebih
ceria berbanding sebelum itu. Perubahan dalam diri Tuan Zahari
membuatkan Tan Sri Azman berasa tidak senang hati. Beliau cuba
memutuskan hubungan mereka berdua dengan menawarkan wang imbuhan
kepada Yazmin sebanyak RM100,000!
Pengarah
AR Sulaiman
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Amy Mastura
... Yazmin
Azhar Sulaiman ... Tuan Zahari
Aziz Singah ... Tan Sri Azman
Rosnah Mat Aris ...
Hamid Gurkha ...
Riezman ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Tiada maklumat
|
Judul
filem:
Impian
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran:
Cameron Highlands
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|