Sinopsis
Untuk
kesekian kalinya konsert Jimi Asmara mendapat sambutan hebat dan
konsert kali ini menjadi kenangan kepada Engku Noraini kerana
dapat bertemu penyanyi kesayangannya. Ketika yang sama, Jimi
Asmara sedang dilamun cinta dengan Sabariah, seorang penyanyi
kelab malam. Bintang Jimi Asmara semakin pudar apabila era Pop
Yeh Yeh menguasai arena muzik tempatan. Orkes Bintang Biru di
bawah pimpinannya menghadapi krisis, begitu juga cintanya pada
Sabariah. Apabila Jimi Asmara berkeras mahu mengekalkan
identitinya, dengan sendiri Bintang Biru berpecah. Dalam kemelut
ini, Engku Noraini muncul sebagai penyelamat dan penenang jiwa
Jimi Asmara. Perhubungan mereka dihalang oleh Engku Sulaiman (tunangan
Engku Noraini), dan keluarganya. Engku Noraini memulihkan
semangat Jimi Asmara dengan memberi bantuan moral dan kewangan.
Jimi Asmara berjaya merakamkan album baru untuk kemunculan kali
kedua. Keluarga Engku Noraini dan keluarga tunangannya bersetuju
untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan anak mereka. Tarikh
perkahwinan mereka jatuh pada tarikh Jimi Asmara mengadakan
konsert 'Malam Masih Ada Yang Sayang', satu konsert yang akan
mengukur sejauh mana Jimi Asmara diterima dalam kemunculan kali
keduanya. Jimi Asmara telah memberi kata dua kepada Engku
Noraini supaya datang, atau konsert akan dibatalkan. Engku
Noraini memilih Jimi Asmara dan konsertnya. Majlis perkahwinan
dibubarkan dan Engku Noraini dihalau. Ketika sedang
berdendang-ria di atas pentas, Engku Sulaiman datang menembak
Jimi Asmara.
Engku Noraini is a big fan of Jimi Asmara. When Jimi Asmara's popularity
declined, Engku Noraini offered him moral and financial support. However, her
fiancé and family
objected to this. Both families agreed on the date of the wedding day, which coincides with
Jimi's concert. She has to choose either her wedding or Jimi's concert...
Pengarah
Erma Fatima
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Hani Mohsein ... Jimi Asmara
Maizurah Hamzah ... Engku Noraini
Jalaluddin Hassan ... Engku Sulaiman
Rosyam Nor ... Fakar
Umie Aida ...
Wan Maimunah ...
Zainol Mc Wilson ...
Sulaiman Yassin ...
Azhar Sulaiman ...
Raja Azura ... Sabariah
Sofia Jane ... Penyanyi kelab
Erma Fatima ... Orang gaji
Pekerja (crew)
Badaruddin
Azmi ... Pengarah Fotografi & Pengarah Seni
Shamsul Kamal ... Pengarah Seni
Penerbit
Erma Fatima
...
Penerbit
BNE Studio Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Jimi Asmara
Slogan: Manusia tidak pernah mati kerana cinta, tapi cinta cukup meracuni hidup manusia
Jenis cerita: Romantik / Muzikal
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna & Hitam Putih
Tempoh tayangan: 117 minit
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-12, 1995
ANUGERAH:
Penataan Seni Terbaik - Badaruddin Azmi
& Shamsul Kamal
Pelakon Harapan - Maizurah Hamzah
Anugerah Khas Juri - Penggarapan Tata
Busana
|
|
| TriviA
Filem pertama arahan Erma Fatima.
10 minit pertama filem ini dibuat dalam bentuk hitam putih.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|