Sinopsis
Abidin, seorang
penggubah lagu yang terkenal, pulang ke kampung selepas
meninggalkannya selama lima tahun. Dia terkejut apabila
mendapati kekasihnya Juwita telah menjadi buta. Abidin berusaha
untuk mengembalikan penglihatan Juwita. Dalam pada itu, Hassan,
teman baik Abidin juga menyimpan perasaan cinta terhadap Juwita.
Hassan mendapatkan bantuan Rohani, seorang penari dalam kumpulan
muzik Abidin untuk memusnahkan percintaan Abidin dan Juwita.
Rohani mengambil peluang tersebut kerana dia juga berminat pada
Abidin. Kerana percayakan Hassan, Abidin menyerahkan urusan
pembedahan mata Juwita kepada Hassan kerana Abidin terpaksa
berlepas ke Bangkok atas urusan kerjanya. Di Bangkok, Rohani
mengirim telegram palsu kepada Juwita memberitahunya bahawa
Abidin telah mati dalam kemalangan di Bangkok.
Pengarah
S. Ramanathan
Penulis
S. Ramanathan
... Cerita
Pelakon
P. Ramlee ... Abidin
Kasma Booty ... Juwita
A. Rahim ... Hassan
Salmah ... Rohani
Ulong Jawa ... Salim
Saadiah ...
Daeng Harris ...
Siti Tanjung Perak
...
Pekerja (crew)
B. Yusuff
... Penggubah Lagu
Chong Chee Liat ... Rakaman Suara
CM Lee ... Rakaman Suara
Koh Jee Soon ... Jurugambar
P. Ramlee ... Penolong Pengarah
& Penulis Senikata
Penerbit
Malay
Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Juwita
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
12 Oktober 1951
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.022
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|