Sinopsis
Junaidah dipenjarakan kerana mencederakan suaminya yang tidak bertanggung
jawab. Setelah dibebaskan, Junaidah dilamar pula oleh Burhanudin, seorang ahli perniagaan yang telah kematian
isteri. Burhanudin mempunyai seorang anak lelaki, Johari yang sedang menuntut di Sydney manakala Junaidah pula
mempunyai seorang anak perempuan bernama Syakila. Johari terpaksa pulang ke Malaysia kerana
keputusan pelajarannya yang merosot. Dia merasa kurang senang dengan tindakan ayahnya yang
berkahwin dengan seorang bekas banduan tanpa pengetahuannya. Dalam diam Johari menjalinkan
hubungan cinta dengan Syakila tanpa pengetahuan orang tua mereka.
Hubungan dalam keluarga Burhanudin semakin tegang, tambahan pula dengan kehadiran bekas suami Junaidah yang masih
berdendam dengannya. Nasib malang menimpa Junaidah apabila dia lumpuh sebelah tangan dan kaki
setelah ditikam oleh bekas suaminya itu.
Pengarah
S. Sudarmaji
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Sarimah ... Junaidah
Aziz Jaafar ... Burhanudin
M. Jamil ... Johari
Lydiawati ... Syakila
Wak Sir ... Wak Sir
Christine Teoh ... Rosmina
Pekerja (crew)
Rahman
Rahmat ... Penggubah Lagu Tema
Penerbit
Sarimah
... Penerbit
Sarimah Film Production ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Kabus Tengahari
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Sydney, Australia
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-3, 1982
ANUGERAH:
Lagu Tema Terbaik - Rahman Rahmat
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|