Ku Idhzam atau lebih dikenali
sebagai Ku adalah sahabat baik yang juga sepupu Shahrol ketika di
kampung, telah berhijrah ke Kuala Lumpur (KL). Di KL selain bekerja di kilang percetakan, Ku juga terlibat dengan
kegiatan lumba haram. Ku mengajak sepupunya berpindah ke KL tetapi
Shahrol tidak yakin untuk hidup di sana kerana tiada pengalaman dan hanya memiliki pendidikan yang tidak
seberapa. Di KL, Ku berkenalan dengan Khatijah, seorang siswa perubatan di sebuah universiti yang mengalami tekanan perasaan kerana sejarah
silam. Nina, pegawai penyiasat cuba membantu Khatijah dengan misinya menyelesaikan kes yang membabitkan
mat motor. Kecekapan Nina menunggang motosikal membuatkan hubungannya semakin rapat dengan
Shahrol.
Despite living
in Kuala Lumpur, Ku keeps his family close to his heart. He
earns a living working in a factory, but gets involved in
illegal motor racing. Shahrol, Ku’s cousin moves to the city
after some encouragement. However, their relationship is
strained when Khatijah, a medical student and Nina, a police
detective, come into the picture.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Badaruddin Azmi
... Cerita & Lakon layar
Pelakon
Rosyam Nor ... Shahrol
Mohd
Erra Fazira ... Nina
Que Haidar
... Ku Idhzam
Sheera Iskandar ... Khatijah
Saiful Apek ... Kilat
Zul Huzaimy ... Sam
Danny (X-Factor) ... Mamat
Md. Said Abdul Ghani ... Mat Pet
Beggo ... Firdaus
Pekerja (crew)
Azwan Abdul Aziz
... Pengarah Seni
Badaruddin Azmi
... Penyunting Filem
Hazil Izham Ismail ... Penerbit
Penyelaras
Izatt Creative Team ... Penata Rias
Muhammad Hafiez ... Penerbit Penyelaras
Musa Idris ... Penyunting Filem
Raja Mukhriz Raja Ahmad ... Pengarah
Fotografi
Shamril Salleh ... Muzik Latar
Zaitun Kassim ... Penolong Pengarah
Zulkifli Ibrahim ... Pengurus
Produksi
Penerbit
Gayatri Su-Lin Pillai
... Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: KL Menjerit 1
Judul awal:
KL Kembali Menjerit / KL Menjerit Episod 1 Slogan: "Aku menjerit kerana marah. Aku
menjerit menunjuk berani. Aku menjerit
kesakitan"
Jenis cerita: Aksi / Drama Bahasa: Melayu
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna Sistem bunyi: Dolby Digital Surround Ex
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 15
April 2004
Tarikh tamat penggambaran: 5
Jun 2004
Antara lokasi penggambaran: Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Balai Berita 2, Shah Alam (Selangor); Datuk Keramat, Universiti Hospital,
Dataran Merdeka
(Kuala Lumpur); Ladang Tebu (Perlis)
TriviA
Filem pertama
yang menampilkan cerita sambungan berbentuk
pra-sekuel (prequel). Cerita KL Menjerit 1
adalah sebuah kisah yang berlaku sebelum cerita
KL Menjerit.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas
bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!