Sinopsis
Shahrol, anak muda berusia 28 tahun berasal dari kampung di Perlis. Seorang yang
agresif dan suka bertindak mengikut perasaan remajanya. Shahrol bersekolah setakat
tingkatan empat. Kemudian Shahrol berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Tanpa
kelulusan tinggi, dia hanya dapat kerja sebagai pembantu di bengkel motor. Kerana
kesabarannya dia berjaya menjadi mekanik. Kehidupannya dilingkungi dunia
permotoran. Selain itu, Shahrol juga mempunyai kekasih bernama Linda.
Bagaimanapun, pertemuan Shahrol dengan Ayu dan Tun banyak merubah hidup dan
sikapnya. Shahrol bertemu Ayu di satu perlumbaan motor haram. Ayu baru tiba di
Kuala Lumpur dari kampung untuk mencari kekasihnya, Mustaffa. Tetapi dia
terperangkap oleh pengurus perlumbaan dan dijadikan sebagai anugerah bagi
pemenang perlumbaan. Pada awalnya Shahrol hanya berniat menolong Ayu
tetapi akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis
itu. Tun yang berusia awal 20-an pula merupakan rakan baik Shahrol. Tun anak tunggal
kepada seorang tokoh politik. Tun remaja bijak dan selalu mendapat keputusan
cemerlang pada setiap peperiksaan. Orang tuanya tidak mengetahui Tun menghidap
sejenis penyakit yang lama dideritai. Hidup sepi tanpa kasih sayang ibu
bapa juga menjadi racun dalam hidupnya. Untuk mengisi kekosongan hidupnya, Tun berkawan
dengan Shahrol.
The film revolves around Shahrol, a 28 year-old bike enthusiast, who comes to
Kuala Lumpur (KL) in
search of a better life. It was there that he meets Ayu, a naive village girl, in search
of her boyfriend. The two began to bear feelings for each other, but the road was
not without thorns. Shahrol finds himself being challenge by Pit, who wants to
upstage the one skill that Shahrol is passionate about... motor-racing.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Badaruddin Azmi
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Rosyam Nor ... Shahrol
Mohd
Nisdawati ... Ayu
Faizal Hussein ... Pit
Danny (X-Factor) ... Mamat
Saiful Azam (Senario) ... Kilat
Liza Hanim ... Linda Martopo
Hasnul Rahmat ... Tun
(Abdul Razak)
Rashidi Ishak ... Mustaffa
Rahim Razali ... Ayah Tun
Vanida Imran ... Isteri Mustaffa
Sathiya ... Jiran Mustaffa
Kudsia Kahar (era) ... Jururawat
Khairil (era) ... Wartawan
Pekerja (crew)
Azman Abu Hassan
... Pengarah Penataan Bunyi & Muzik
Azwan Abdul Aziz ... Pengarah Seni
Gayatri Su-Lin Pillai ...
Penyelaras Produksi
Hazil Izham Ismail ... Pengurus Produksi
Jailani Ghani ... Penolong Pengarah
Raja Mukriz Kamaruddin ...
Pengarah Fotografi
Rosli Mahmood ... Pengarah Seni
S. Rakesh ... Penyunting Filem
Penerbit
Maznita Mokhtar ... Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
KL
Menjerit
Judul lain:
KL
Menjerit 2 (2005)
Judul penuh: Kuala Lumpur
Menjerit
Slogan: Cinta takkan datang, kalau tak
dicari... Cinta takkan dapat, kalau tak memberi...
Jenis cerita: Aksi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum: 24 Januari 2002
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem:
RM1.5 juta
Kutipan jualan tiket:
RM2.87 juta
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 107 minit
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 21 Mei 2001
Antara lokasi penggambaran: KLCC, Kampung
Baru (Kuala Lumpur); Litar Batu Tiga, Shah Alam (Selangor); Johor Bahru & Perlis
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-16, 2003
ANUGERAH:
Filem Terbaik - Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pengarah Terbaik - Badaruddin Azmi
Cerita Terbaik - Badaruddin Azmi
Lakonlayar Terbaik - Badaruddin Azmi
Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor
Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
Pelakon Harapan Lelaki - Hasnul Rahmat
Pelakon Harapan Wanita - Nisdawati
Pertandingan: Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003
ANUGERAH:
Pengarah Terbaik - Badaruddin Azmi
Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor
|
|
| TriviA
Pemilihan nama watak Rosyam Nor iaitu Shahrol merupakan penghargaan kepada
penunggang motosikal profesional Malaysia - Shahrol Yuzi (beliau pernah muncul dalam iklan anti lumba haram
tajaan Petronas).
Nama penunggang
motosikal profesional Malaysia yang disebut dalam filem
ini ialah Shahrol Yuzi, Meng Heng dan Meganathan.
Filem ini
merupakan penampilan kedua Rosyam Nor sebagai watak utama selepas
Suami, Isteri dan
...?
(1996).
Mesej "Berlumba
motosikal secara haram adalah salah di sisi
undang-undang" dipaparkan semasa adegan
lumba haram. Mesej tersebut tiada dalam versi
VCD.
Watak
Ayu lakonan Nisdawati menggunakan suara Jeslina
Hashim atas arahan pengarah filem.
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema: Gelisah Mimpi
Penyanyi: Liza Hanim
Senandungkan erti duka
Dari pintu sukma
Bukan dari kata-kata
Sangsi berkelana
Gelisah dan bermimpi
Diangkasa berduri
Tidak bisa berdiri
Namun aku gagahi
Berkejaran bintang di lautan
Nafas kesesakan
Membilang rindu dendam
Jangan hilang punca
Bercerita pada isi alam
Pedihnya percintaan
Mengapa aku rela
Merayu bercanda
Sebelum tirai dusta
Menjadi raja asmara
Gelisah mimpi datang
Usahlah percaya
Senandungkan erti cinta
Dari pintu sukma
Bukan dari kata-kata
Sangsi berkelana
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Speedy Video
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|