Sinopsis
Tengku Iskandar membantu menguruskan perniagaan ayahnya dan dia dikenali di kalangan rakan-rakannya
sebagai Ariffin. Ariffin seorang pemuda yang rajin dan suka membantu rakan-rakannya yang dalam
kesusahan. Apabila rakannya terlantar di hospital, Ariffin datang melawat dan kemudiannya telah
berkenalan dengan seorang jururawat bernama Marhaini. Masa berlalu, perhubungan Ariffin dan
Marhaini semakin intim. Apabila Ariffin ditugaskan oleh ayahnya untuk ke Jakarta bagi menguruskan perniagaan
mereka di sana, Ariffin mengambil peluang berjumpa Marhaini sekali lagi dan meluahkan perasaan
cintanya. Dalam perjalanan ke Jakarta, kapal terbang yang dinaiki Ariffin telah kemalangan. Tiada berita tentang
adanya penumpang yang terselamat. Sementara itu, Marhaini yang terlalu kecewa
dengan berita tersebut mengambil keputusan untuk bercuti. Ayah Ariffin pula jatuh sakit dan dirawat oleh seorang jururawat
peribadi, iaitu adik kepada Marhaini. Atas sesuatu sebab, adik Marhaini terpaksa memanggil kakaknya yang
sedang bercuti bagi menggantikan tempatnya. Marhaini yang penyabar amat disukai oleh Tengku Shah dan
Tengku Ngah iaitu adik-adik kepada Tengku Iskandar (Marhaini belum mengetahui Tengku Iskandar adalah
Ariffin). Tengku Shah dan Tengku Ngah yang nakal berjaya dikawal oleh Marhaini dan ini
amat menyenangkan ayah mereka yang sedang sakit. Sementara itu, di sebuah pulau kecil penduduk kampung
telah menyelamatkan Ariffin yang terdampar di tepi pantai. Kecederaan Ariffin agak parah dan mengambil
masa yang lama untuk sembuh. Setelah beberapa lama, hubungan Marhaini dengan adik-adik Tengku
Iskandar semakin rapat dan seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Tengku Shah dan
Tengku Ngah adalah anak yatim yang amat memerlukan belaian seorang ibu. Oleh itu, ayah Tengku Iskandar mengambil
keputusan berkahwin dengan Marhaini demi kebahagiaan anak-anaknya yang masih kecil. Marhaini juga
bersetuju berkahwin demi kasihnya pada Tengku Shah dan Tengku Ngah selain menyangkakan yang Ariffin
telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun Marhaini belum mengetahui bahawa dia berkahwin dengan
ayah kepada teman lelakinya. Tidak lama selepas itu, Ariffin yang telah sembuh pulang ke
rumah dan begitu gembira dapat bertemu ayah dan adik-adiknya semula. Ariffin tidak sabar untuk bertemu Marhaini
tetapi dapatkah dia menerima hakikat bahawa kekasihnya itu telah menjadi ibu tirinya? Bagaimana pula
keadaan Marhaini apabila mengetahui keadaan sebenarnya?
Pengarah
Hussein Haniff
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Yusof Latiff ... Ariffin @ Tengku Iskandar
Fatimah Ahmad ... Marhaini
Siput Sarawak ... Zainab
Yem ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ho Ah
Loke ... Penerbit
Loke Wan Tho ... Penerbit
Cathay-Keris Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Korban Kasih
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|