Sinopsis
Filem ia mengisahkan
kehidupan remaja di alam kampus yang dilalui Jojo (Johana) dan Faramy.
Mereka berkawan baik, namun, segalanya berubah apabila tibanya sesi kemasukan pelajar junior di Universiti tempat mereka
belajar. Sebagai senior, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program induksi untuk
pelajar-pelajar baru dan dalam diam Faramy telah terpikat kepada pelajar junior bernama
Ayu. Kehadiran Ayu menjejaskan keakraban Jojo dan Faramy sedangkan mereka berkawan baik sejak di bangku
sekolah lagi. Jojo yang berasa tersisih mengambil keputusan
untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Australia bagi melupakan
Faramy. Bagaimanapun, dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Johan
sehingga mengundang cemburu Faramy...
A romantic
comedy about teenage life on campus. It tells the story of the
friendship that develops between Jojo (Johana) and Faramy, since
they were kids all the way through college. Things begin to
change when they're assigned to oversee the induction of a group
of junior students as Faramy secretly falls for one of the
students in the group, Ayu. As Faramy and Ayu's relationship
gains strength, Jojo is left feeling left out and neglected. At
the same time, she receives an offer to go on an exchange
student program to Australia and also gets to know a guy called
Johan, making Faramy jealous. Both Faramy and Jojo feel the
strain as they try to distance themselves from each other. Will
Faramy stop Jojo from going to Australia? And what's the
conclusion to the battle of egos between them?
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Erra Fazira
... Johana
Abdul Rahman (Jojo)
Yusry (KRU) ... Faramy Ariff (Amy)
Zahnita Hussein ... Ayu
Saiful Apek ... Tukiman Haron (Terry)
Zahida Rafik ... Anjabee
Yassin (Aku Kaya) ... Mohamad Faizal Hanafi (Ajai)
Farid Kamil ...
Amirul
Azza (Elite) ...
Cico Rashid ...
Azman Ahmad ...
Pekerja (crew)
Edry (KRU)
... Penggubah Lagu & Penulis Senikata
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Kuliah
Cinta
Judul lain:
Cinta Kuliah / Cinta Kampus
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
29 Januari 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.5 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 15 May
2003
Tarikh tamat penggambaran: 22 Jun 2003
Antara lokasi penggambaran: Ulu Yam, Universiti Putra
Malaysia (Selangor); Dewan Merdeka, PWTC (Kuala Lumpur)
|
|
| TriviA
Erra Fazira dan
Yusry telah melangsungkan pernikahan mereka
ketika proses pembikinan filem ini masih belum
selesai.
Babak persandingan Erra dan Yusry merupakan
babak persandingan sebenar yang dirakamkan khas
untuk filem ini.
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Rahsia Hati
Penyanyi: Cico & Maya Karin
Judul lagu:
Kompang Di Palu
Penyanyi: Waheeda & Ijam EYE
Judul lagu tema:
Jika Kau Tiada
Penyanyi: Erra Fazira & Yusry KRU
Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Sehingga muncul menjelma
Rasa sayang kepadamu
Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana
Hidup jika kau tiada
Jika kau tiada
Pada siapa kan ku
Dendang syair cinta
Dan dakapan mana
Harus ku bersandar
Meraih kasih yang ku perlu
Jika kau tiada
Wajah siapa harus ku tenung
Bila mencari ketenangan
Arakian suara siapa kan membisikkan
Kata-kata cinta
Tak tersusunnya kata
Azimat kau bawa
Pastinya ku kan sengsara
Oh jika kau tiada
Tak ku kenal cinta
Sebelum kau hadir
Tak ku tahu erti rindu
Kini doa ku termakbul
Ku tagih cintamu selalu
Walau ramai ku kenali
Tiada seikhlas mu kasih
Kalam sayang kau ku cinta
Hanya nyawa kan bisa
Memisahkan kita
Jika kau tiada
Hilanglah bintang di langit
Yang berkelip
Memelita malam yang hiba
Hilanglah keajaiban kelapan di dunia
Jika kau tiada
Senyuman siapa yang
Mampu menyembuh
Luka di hatiku
Lantarannya tawar naluri hati
Untuk jatuh cinta lagi
Jikalau ku termampu
Memiliki dunia
Semua tak bermakna
Bagi ku jika kau tiada
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada CinemaOnline.com.my (sinopsis).
|
|