Gambar
& dialog
 |
Kereta
Haji Bakhil
 |
 |
Sawan
Si Labu
"Allah, pecah juga harta aku
Labu..." - Haji Bakhil
"Yang sebetulnya encik, saya ada sawan encik. Bila terpekik
saja, sawan saya datang encik" - Labu
"Kerana penyakit sawan kau tu.. papa lah aku Labu"
- Haji Bakhil
"Tidak encik, lain tahun nanti sawan saya kasi kaya
encik" - Labu
"Bodoh! Setan!" - Haji Bakhil
(Labi muncul dari luar) "Apa engkau ini Labu.. angkat itu pun tak larat ka?
Bodoh!" - Labi
"Diam!! Kau pun setan juga" - Haji Bakhil
(Labu menyampuk) "Ya encik.. setan! Setan gondol encik. Bodoh! Baghal!" - Labu
"Diam!" - Haji Bakhil
 |
 |
Haji Bakhil
'cucuk' mata Labu
"Encik, encik, encik! Tengok, Labi bawak lari anak encik" - Labu
"Eh, eh.. kau katakan buta mata kau. Macam mana pula nampak anak
aku?" - Haji Bakhil
(Labu tersengih) "Saya buta macam encik pengsan juga" - Labu
"Oh, kau sindir aku hah? Bodoh! Setan!" - Haji Bakhil
(Labi menyampuk) "Bodoh! Setan! Keriing darah encik" - Labi
"Jangan pegang anak aku" - Haji Bakhil
"Sumpah tak pegang" - Labi
"Berdiri di sini!" - Haji Bakhil
"Baik" - Labi
"Setan, kau berdiri" - Haji Bakhil (kepada Labu)
(Labi mengajuk) "Setan, kau berdiri" - Labi
"Ha?" - Haji Bakhil
(Labu pula mengajuk) "Ha" - Labu
 |
 |
Mariani
sebagai Manisah
 |
 |
Mimpi jadi orang kaya
"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji
Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu
"Iblis Tonic mana ada Tuan"
- Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan"
- Pelayan kelab
(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!"
- Doktor Labu
"Tuan..."
- Pelayan kelab
 |
 |
Penyanyi
jemputan - Saloma bersama Pancha Sitara
 |
 |
Pelakon
jemputan - Seniwati Sarimah
 |
 |
Mimpi jadi
'koboi'
(Labu belum sedar dari mimpi) "Peng!" - Labu
"Ooo... kau 'peng' (tembak) aku ya? Sekali aku 'peng' (lesing) baru kau
tahu, budak-budak setan ni. Dah tengah malam belum jugak tidur-tidur
lagi. Kau tahu dah pukul berapa sekarang ni?!" - Haji Bakhil
 |
 |
Mimpi
'nak cari kayu..'
"Ooo.. ini dia Haji Bakhil tua kutuk, tua tak sedar diri" - Labu
"Apa? Kau bilangkan aku tua kutuk? Bahalol! Setan!" - Haji Bakhil
"Siapa setan? Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. Kau setan. Kau setan bakhil bin
kedekut!" - Labu
 |
 |
Pukul 6
pagi, kena ketuk ketampi
(Labu dan Labi pegang telinga)
"Ha, kau dah tahu. Belum aku suruh kau dah bikin. Padan muka kau
setannn...." - Haji Bakhil
 |
|
|
|
|
|
Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z
|
Mula
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|
|