Sinopsis
Sitara pergi mencari Datuk Merah, pembunuh bapanya. Dalam perjalanan dia telah diserang lalu
diselamatkan oleh seorang pendekar buta yang handal bernama Kasa. Sitara diberitahu bahawa Datuk
Merah telah pun mati. Dia terpaksa bermalam di rumah Kasa. Sementara
itu, ibu Sitara (Melati) dikunjungi oleh Penghulu yang bertanyakan Sitara. Setelah mendapat tahu Sitara pergi mencari Datuk
Merah, Penghulu mengarahkan orang-orangnya berbuat baik dengan Melati dan menghantar banyak
makanan. Sekembalinya Sitara, dia pergi berjumpa Penghulu yang meminta pertolongannya untuk membunuh Lanang
Sejagat seorang pendekar yang baru muncul di kampung mereka. Suatu hari, pendekar buta Kasa dan anak
perempuannya Delima berkunjung ke kampung Sitara. Ketika di rumah Sitara, terbongkarlah
rahsia bahawa Kasa sebenarnya adalah Datuk Merah. Semuanya ini berpunca daripada Penghulu yang cemburukan bapa
Sitara yang berkahwin dengan Melati. Penghulu telah menyebabkan bapa Sitara terbunuh dan Datuk
Merah/Kasa menjadi buta. Sementara itu, Lanang Sejagat berjaya diperangkap oleh orang-orang Penghulu
lalu diseksa. Sitara pergi menyelamatkan Lanang Sejagat dan mereka
berdua berjaya menentang Penghulu dan orang-orangnya.
Pengarah
Omar Rojik
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Hussein Abu Hassan
... Lanang Sejagat
Ahmad Mahmud ... Sitara
Ahmad B ... Orang
penghulu
Khatijah Hashim ...
Othman Amin ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Merdeka
Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Lanang Sejagat
Jenis cerita: Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 04.004
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|