Sinopsis
Telani adalah
penari kepada Baginda Sultan Siak, dan Baginda Sultan telah
terpikat dengannya. Pada masa yang sama, kedua-dua panglima
Baginda Sultan iaitu Panglima Alang Yahya dan Panglima Ali juga
terpikat dengan Telani. Walau bagaimanapun, Telani lebih
menyukai Alang Yahya. Hubungan mereka mula terjalin sejak Alang
Yahya menyelamatkan Telani daripada mati lemas. Hal ini tidak
menyenangkan Ali lalu dia mencuba pelbagai helah untuk
menggagalkan hubungan Telani dan Alang Yahya. Rancangannya
hampir berjaya apabila Alang Yahya dan Telani telah dituduh
berlaku sumbang. Sebaliknya apabila mereka dibawa menghadap,
Baginda Sultan menyuruh mereka bernikah. Sewaktu Telani
mengandung, Alang Yahya diutuskan berlayar ke Lingga untuk
mengutip ufti. Kesempatan ini diambil oleh Ali untuk membalas
dendam. Dia mempengaruhi Baginda Sultan bahawa untuk melancarkan
Lancang Kuning, mereka perlu korbankan seorang perempuan bunting
sulung iaitu Telani!
To seek revenge on a woman whom doesn't reciprocate his love, Dato Ali lies to the Sultan that
misfortune will befall him and his kingdom if a sacrificial ritual is not performed. The Sultan believes him and
orders that the sacrificial ritual be carried out, without knowing that it involves the use of blood from a
woman in her first pregnancy on the sail boat 'Lancang Kuning' before its maiden voyage.
Pengarah
M. Amin
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Nordin Ahmad
... Panglima Alang Yahya
Latifah Omar ... Telani
Yusof Latiff ...
Haji Arshad ...
Roseyatimah ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ho Ah
Loke ... Penerbit
Loke Wan Tho ... Penerbit
Cathay-Keris Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Lancang Kuning
Judul Bahasa Inggeris: Yellow Sail Boat
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
Tempoh tayangan: 119 minit
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|