Sinopsis
Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan
berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda
- Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi
hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang
Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang
dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh
keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera
raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang
Buana.
The story starts when Gunung, Daik and Bercabang stop at a town called Lang
Buana, which is located by the river, while they are running away from their master, Orang Kaya Seri Bentan. Upon their arrival, the town folks give them a resounding welcome, making them wonder what the festivity is all about. They then realize that the villagers have mistaken them for the much-awaited princes who will save the town from being attacked by the evil Sang Nira who intends to seize Lang Buana!
Pengarah
Mamat Khalid
Penulis
Mamat
Khalid ... Lakonlayar
Pelakon
Azlee Jaafar
... Bercabang
Wahid ... Daik
Mazlan Pet Pet ... Kiambang
Saiful Apek ... Gunung
Kuswadinata ... Datuk Merewang
Shamsul Ghau Ghau ... Orang Kaya Seri
Bentan
Tengku Sariwani
(Kunie) ... Kesuma
Adza Tutyrianti
... Cik Pah
Tan Sue Len ... Xin Xin
Loloq
... Tauke Wong Pak Eu
S. Amin Shahab ... Diponingrat Pemanahan Berapoeke Kiyemau
M. Rajoli
...
Hasnul Rahmat
...
Pekerja (crew)
Aidil
Fitri Mohd Yunos ... Penata Artistik
Akma Suriati Awang ... Penata Rias
Azwan Abdul Aziz ... Pengarah Seni
& Pereka Set
Digilogic (M) Sdn Bhd ... Kesan
Khas Visual & CGI
Indra Che Muda ... Pengarah
Fotografi
Kamarudin Abu ... Penyunting Filem
Mamat Khalid ... Muzik
Wizardworks Production ... Penata
Bunyi
Penerbit
Johari
Amat ... Penerbit
Lazizah Ahmad ... Penerbit
Eksekutif
Grand
Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Lang
Buana
Judul
poster:
Senario dalam Lang Buana
Slogan:
Sebuah filem komedi... serius ya amat
Jenis cerita: Komedi / Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
4 Disember 2003
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM2.2 juta
Kutipan jualan tiket: RM1.8 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 7 Julai 2002
Tarikh tamat penggambaran: 16 September
2002
Antara lokasi penggambaran:
Kampung Jawang, Sungai Cermin, Kampung Sayong, Kuala
Kangsar (Perak)
|
|
| Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
ANUGERAH:
Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik
Anugerah Khas Juri 2 - Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum
|
|
| TriviA
Filem ini menggunakan lebih
2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk
tempatan.
Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang
berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung
dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000.
|
|
|
|
| Dialog
"Saya sayu...
Habis madu sepah dibuang" - Hamba
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 124
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|