Sinopsis
Kisah cinta di
dalam layar... Ena Manjalara, bintang filem yang terperangkap
dalam keghairahan mengejar perjuangan cinta, layar dan impian.
Sebagai angin taufan, 'Taufan Ena' melanda lelaki sekelilingnya.
Dia digoda cinta kekasihnya Shak, seorang penyanyi yang berego.
Dia memerangkap cinta Daud, seorang pelakon ekstra, budak buat
kopi, dalam filem lakonannya. Kemudian Ena, penggoda yang lucu
ini, cuba bermain cinta dengan Malik, pengarah filemnya yang
panas baran tetapi kuat semangat. Ena Lara membuat lelaki dan
orang sekelilingnya sesak nafas kerana sikapnya yang nakal,
degil, manja tak bertempat, dan tak peduli tanggungjawab. Dia
berbakat, tetapi tujuan hidupnya samar dan lekeh. Dia takut pada
kekasihnya Shak. Seniwati Zai (Auntie kepada Daud) dan
bintang-bintang veteran hadir dalam hidup Ena pada saat yang
tepat. Sedang Ena mabuk khayal bermain cinta, dia dikejutkan
dengan 'tamparan' dari Malik, pengarah filemnya. Ena dibuang
dari filem Malik. Ironis juga di tengah kepincangan Ena ini,
bintang-bintang veteran yang telah dilupakan cuba menagih
peluang terakhir ke layar perak. Kedudukan Ena mula goyang. Dia
menolak kasih Shak. Dia cuba berbaik dengan Daud yang telah
dipermainkannya. Ini memaksa pertemuan Ena dengan Seniwati Zai.
Pertemuan ini membawa kesedaran kepada Ena. Akhirnya konflik
Daud, Ena dan Malik mendaki puncak konflik cerita, di mana Ena
mengenali cinta sejati di layar perak.
During the
trouble-plagued making of a Malaysian movie, a spoiled young
actress named Ena Manjalara learns the true meaning of
friendship, respect and artistic devotion based on her dealings
with the idealistic director Malik and the production assistant
Daud, whom she initially seduces. Daud is also related to Zai, a
former movie idol of the 1950s who is now destitute and losing
her grip on reality.
Pengarah
Shuhaimi Baba
Penulis
Shuhaimi Baba
... Lakonlayar
Fatimah Abu Bakar ... Cerita
Pelakon
Ida
Nerina .. Ena Manjalara
Sidi Oraza ... Malik
Azean Irdawaty
... Auntie @ Seniwati Zai
Man Bai ... Daud
Maman ... Shak
Kavita Kaur ... Zizie
Melissa Saila ...
Shazleen Shahbi ...
Ruzaimi Aziz ...
Ismail Hutson ...
Penerbit filem
Roslan Hussin ...
Pelakon filem
Salmah Mahmud ...
Aziz Jaafar ...
Mahmood June ...
Aziz Satar ...
Siput Sarawak ... Ibu
Seniwati Zai
Pekerja (crew)
Ashley Grenville ...
Perunding Penataan Bunyi
Dee Hasnan ... Make-up
Ibrahim Elias ...
Pengarah Unit ke-2
Kamaruddin Abu ...
Penyunting Filem
Keong Low ...
Pengarah Sinematografi
Maman ... Penggubah
Skor Muzik
Mohar ... Penggubah
Skor Muzik
Peter Lim ...
Pengarah Penataan Bunyi
Zuraini Anuar ...
Pengarah Seni
Penerbit
Shuhaimi Baba ...
Penerbit
Aida Fitri Buyong ...
Penerbit
Astro Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Pesona Pictures Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Layar
Lara
Judul Bahasa Inggeris: Sails Of Despair
Slogan: Jika anda inginkan sesuatu
dengan sepenuh hati... Layar Lara - di mana
mimpi dan khayalan boleh menjadi kenyataan
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 115 minit
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
ANUGERAH:
Filem Terbaik - Pesona Pictures
Pengarah Terbaik - Shuhaimi Baba
Pelakon
Lelaki Terbaik - Sidi Oraza
Pelakon Wanita Terbaik - Ida Nerina
Cerita Terbaik - Fatimah Abu Bakar
Lakonlayar Terbaik - Shuhaimi Baba
Sinematografi Terbaik - Keong Low
Pelakon Harapan Lelaki - Man Bai
Anugerah Khas Juri - Poster terbaik
Pertandingan:
Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussels ke-19, 1997 (Belgium)
ANUGERAH:
Pengarah Terbaik (kategori bahasa asing) -
Shuhaimi Baba
Pertandingan:
Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-6, 1998
(Korea Utara)
ANUGERAH:
Anugerah Khas
Juri - Shuhaimi Baba
Penyertaan:
17th Hawaii International Film Festival, 1997 (USA).
New Delhi International Film Festival,
1998 (India).
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Layar Lara
Penyanyi: Maman
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|