Sinopsis
Pada tahun
1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera
British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.
Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat
menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya
itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar
dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port
Diskson. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan
fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang
tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan
melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya
beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu
yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi
Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.
Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi
seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi
telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir
Panjang, Singapura itu
menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni
oleh musuh.
This is a film about a Malaysian soldier, Lt. Adnan, who gave his life in defending Malaya from the
Japanese invasion during World War II.
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Lakonlayar
AR Sulaiman ... Lakonlayar
Mej. Ramli Abu Bakar ... Lakonlayar
Pelakon
Hairie Othman
... Leftenan Adnan
Umie Aida ... Safiah
Farid Amirul ... Mejar Fujiwara
Faizal Hussein ... Prebet Ayob
Rusdi Ramli ... Prebet Malik
Shaharuddin Thamby ... Ibrahim Yaakob
Wahid (Senario) ... Ismail Malim Mas
M. Osman ... Pak Saidi
Sherie Merlis ... Tumirah
Rambo Chin ... Jen. Yamashita
TS Jeffry ...
Pemimpin Komunis
Johan Abdullah ...
Pegawai Tentera British
Zul Yahya ... Ahmad
Lt. Kol. Omar Nasrulhaq ... Lt. Jen.
AE Percival
Lt. Kol. Mohd Sany Royan ... Lt. Jen. Suguwara
Mej. Mohd Razak Omar ...
Sjn. Ngah
Mej. Suhaimi Sulong ...
Mej. Spencer Chapman
Mej. Ghazali Ismail ...
Sjn. Ibrahim
Lt. M. Zaidi Mohd Zain ...
Pbt./Kpl. Yaakub
Lt. M. Zam Azhari Zainudin ...
L.Kpl. Jibal
Lt. M. Khalid Ismail ...
Pbt. Baharom
Kpl. Wan Shakri Wan Ee ...
Pbt. Ali
Pbt. Kamaruzaman Ariffin ...
Pbt. Darus
Pekerja (crew)
AR Sulaiman ...
Penolong Pengarah
Andy Ng ... Stuntman
Azman Abu Hassan ...
Pengarah Penataan Bunyi
& Muzik
Badaruddin Azmi ...
Pengarah Fotografi &
Jurukamera 1
Dol Baser ...
Penolong Pengarah
Kapt. Zahari ...
Pakaian & Prop (tentera)
Mej. Maimon Basiron ...
Pakaian & Prop (tentera)
Mikail Gunter ...
Pakaian & Prop (awam)
Mohd Khairi Abd Rahman ... Stuntman
Nuri Harmani ...
Jurukamera 2
Rashid Hani Mahidin ...
Jurukamera 3
Wan Nazrul Ashraff ...
Pengarah Seni
Penerbit
Kementerian
Pertahanan Malaysia ... Penerbit
Aziz M. Osman ...
Penerbit Bersama
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Paradigm Film Sdn Bhd
... Syarikat Penerbitan Filem
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada Kementerian Pertahanan
Malaysia (gambar).
|
|