Filem ini
diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang
merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di
Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi
menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam
pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari
sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak
di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan
menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya
Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya,
Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan
laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang
dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing
Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan
Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah
cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa,
dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal
kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan
kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji
yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?
"Awang's Spear
Returned to Dayang" is an incident that occurred in Johor. In
Malay it is translated as 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'. It
occurred in 1776 when a man called Awang returned to Parit Raja
after more than 3 years abroad to marry his fiancee Dayang. Upon
his return, he found out that another man called Bachok had told
Dayang of Awang's death and planning to marry her the next day.
Awang turned up at the wedding ceremony and using a spear given
by Raja Bugis, he speared Bachok in the stomach. Bachok, fatally
injured grabbed the spear in his stomach and speared his best
man. The man then speared the next man he saw and this was
repeated until the 99th person was speared. It was Dayang's
father who was protecting Dayang. He did not continue the
repeated spearing and died. Awang ran away to Endau and Dayang
did not marry another till she died.
Pengarah
Majed Saleh
Penulis
Jamaluddin Jaafar ... Skrip
(adaptasi novel Lembing Awang Pulang Ke Dayang, tulisan
Shaharom Husin, 1958)
Shaharom Husin ... Cerita asal
Pelakon
Farid
Kamil ... Awang
Siti Elizad ... Dayang
Zul Huzaimi ... Bachuk
Hattan ... Panglima Merah
Lynette Ludi ... Claudia
Aziz M. Osman ... Dekar Agas & Raja
Muda Bugis
Mustapha Maarof ... Pak Ngah (Bapa
Awang)
Kuswadinata ... Pak Long (Bapa
Dayang)
Khir Rahman ... Nakhoda Galigor
Rosnani Jamil ... Mak Ngah (Ibu
Awang)
Uji Rashid ... Mak Long (Ibu
Dayang)
M. Rajoli ... Orang Kaya Aris
Zainurdin ... Tok Beta
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Pakotai
Pictures ... Syarikat Penerbitan Filem
Dayang Digital Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Grand
Brilliance
Sdn Bhd ... Pengedar Filem
Judul
filem:
Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Judul awal:
Dayang
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu
Tayangan
Tarikh mula tayangan
umum: 2007
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM2 juta
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: Jun
2004 / November 2005
Tarikh tamat penggambaran: 2006
Antara lokasi penggambaran: FRIM, Kepong; Pulau
Indah & Bukit Cahaya Seri Alam (Selangor)
TriviA
Watak Dayang
pada mulanya diberikan kepada Fasha Sandha
tetapi beliau tidak dapat memberikan komitmen
lalu diganti dengan Natasha Hudson, yang berjaya
melakukan penggambaran beberapa adegan sebelum
produksi filem ini dihentikan akibat masalah
kewangan. Apabila penggambaran disambung semula,
pelakon watak Dayang sekali lagi telah diganti
dengan Siti Elizad.
Penggambaran filem ini terhenti lebih setahun,
di mana penerbit asal filem ini terpaksa
diganti, begitu juga dengan pengarah (Imri
Nasution) dan beberapa pelakon.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!