Ia merupakan
sebuah kisah cinta yang biasa tetapi dramatik. Anda tentu dapat
membayangkan betapa hebatnya kuasa cinta dan bagaimana cinta
dapat menyebabkan seseorang menjadi tidak tentu arah. Kisah ini
bermula dengan kedatangan seorang gadis yang amat biasa, Ah Peng
ke Kuala Lumpur. Ah Peng dibesarkan di Pulau Pinang dan telah
sampai ke bandar yang besar itu untuk mencari kerja. Alangkah
baik nasibnya apabila dia diminta untuk menolong makciknya
menjual nasi di sebuah restoran. Bersama Mei, dia hidup dengan
gembira sekali seperti keluarga sendiri. Seperti biasa, Ah Peng
akan keluar menelefon teman lelakinya yang berada di Pulau
Pinang setiap hari. Tetapi, dia tidak sedar bahawa dia
diperhatikan oleh seorang lelaki, John, yang amat khusyuk
dengannya. Entah mengapa, John dengan tidak malu mendengar
perbualan Ah Peng dengan teman lelakinya. Mungkinkah John
ditakdirkan bertemu dengan Ah Peng? Mungkinkah ini suratan
takdir apabila Ah Peng sampai di Kuala Lumpur? Bolehkah mereka
bersama pada akhirnya?
Love Conquers
All tells the story of Ah Ping, a girl from a small town who
works in a chicken rice stall. She falls in love with a guy
named John who, as she will discover much later, is a pimp.
Pengarah
Tan Chui Mui
Penulis
Tan Chui Mui
... Lakon layar
Pelakon
Coral Ong Li
Whei
... Ah Peng
Leong Jiun Jiun
... Mei
Stephen Chua
Jyh Shyan ... John
Ho Chi Lai
...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Amir
Muhammad ... Penerbit
Da Huang Pictures ... Syarikat Penerbitan Filem
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!