Sinopsis
Sekumpulan ahli kelab payung terjun yang
terdiri daripada Farid, Rizal, Sharifah, Ivy Low dan Rozaidah
dengan diketuai oleh Kapten Hanafi memulakan
penerbangan untuk membuat pertunjukan payung terjun. Ketika dalam
penerbangan ke tempat pertunjukan, kapal terbang yang dinaiki
oleh mereka
terlanggar seekor burung menyebabkan kerosakan pada kipas kapal
terbang tersebut. Mereka mendarat di tengah hutan tebal yang
terpisah dari dunia luar. Masing-masing mendapatkan satu sama
lain untuk berkumpul semula tetapi seorang di antara mereka
iaitu Ivy tidak dapat ditemui melainkan cebisan bajunya sahaja.
Farid yang juga teman lelaki Ivy mempersalahkan Kapten Hanafi.
Usaha mencari Ivy dan jalan keluar menemui jalan buntu di
samping persekitaran hutan yang seolah-olah menyimpan suatu
misteri yang sukar dihuraikan. Bukan sahaja mereka diganggu oleh
pelbagai peristiwa aneh, malah seorang demi seorang daripada
mereka mula hilang. Dalam keadaan tertekan, mereka terpaksa
menempuh segala rintangan dan dugaan sehinggalah mereka terjumpa
sebuah gua. Di situlah segala misteri yang terpendam selama ini
terbongkar!
While out on a test flight, accident strikes and the group of parachuters, led by Captain Hanafi
soon find themselves stranded in the middle of nowhere, far from civilization. One of the team
members, Ivy is missing and when the only trace they found is a piece of her clothing, tension
arises among the group. Many blames Captain Hanafi for the misfortune. In their search for Ivy,
the group stumbles upon a mystery in the jungle. Soon peculiar events happen and one by one
of them goes missing. Will they be able to survive under these challenging circumstances and
get to the root of the mystery? Or could betrayal and revenge be the cause?
Pengarah
Raja Ahmad Alauddin
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Redzuan Hashim
... Kapten Hanafi
Raja Azura ... Sharifah
Eizlan Yusof ... Farid
Chef Wan ... Rizal
Janet Khoo ... Ivy Low
Onie Hartina ... Rozaidah
TS Jeffry ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|