Pasangan ideal
Kolej Metrowealth, Farah dan Adam sering menjadi bualan tiap
warga kolej tersebut. Mereka bukan sahaja popular, bijak dan
berpengaruh di kalangan pelajar, malahan kenakalan mereka
membuat mereka menjadi 'idola' para pelajar. Bagaimanapun,
kemesraan Adam dan Farah menyebabkan pelbagai pihak iri hati,
terutama Maya, pelajar cantik yang mahu mengambil alih
populariti Farah di kolej. Maya juga ada hati dengan Adam dan
cuba bersungguh-sungguh untuk mencuri hati Adam dengan tujuan
menyakitkan hati Farah serta untuk kepentingan statusnya.
Kehadiran seorang pelajar baru yang tampan, Farid, menggugat
populariti Adam. Adam rasa tergugat apabila Farid mula menjadi
perhatian di kalangan pelajar, lebih-lebih lagi Farah. Sebagai
pelajar baru, Farid berkawan dengan semua orang tetapi sifat
sebenarnya lebih suka menyendiri dan suka berfalsafah. Pada
suatu malam, Maya berjaya memerangkap Adam untuk keluar
dengannya dan mengambil foto yang menunjukkan kemesraan mereka
berdua. Gambar tersebut diedarkan melalui e-mel, dan itu
menyebabkan Farah menyangka Adam telah berlaku curang
terhadapnya. Farah yang kecewa kemudian mahu membalas dendam
iaitu dengan cara memikat hati Farid supaya Adam merasa cemburu.
Kelakuan Farah membuatkan Adam kecewa dan semakin rapat dengan
Maya...
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Meor Shariman
... Skrip
A. Razak
Mohaideen ... Konsep cerita
Pelakon
Misha Omar ...
Farah
Adam (AF2) ... Adam
Dynaz ... Maya
Mohd Pierre Andre ... Farid
Irma Hasmie ... Nana
Farid Kamil ...
Saiful Apek ...
Azean Irdawaty ...
Vanidah Imran ...
Azlee Senario ...
M. Rajoli ...
Siti Elizad ...
Pekerja (crew)
A. Latiff
Mohaideen ... Penerbit Penyelaras
Aileen Seet ... Pengurus Produksi
Azhari Zain ... Penyunting Filem
Irwan Mazwan Ibrahim ... Penata Seni
MIG Sound Factory Sdn Bhd ... Penata Muzik
Mohd Iqbal Shaik Mydin ... Pengurus Produksi
Rizal Othman ... Kesinambungan
Zainal Othman ... Pengarah Fotografi
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Main-Main Cinta
Slogan: Cinta ada dalam hati setiap manusia.
Carilah ia di situ...
Jenis cerita: Komedi / Romantik Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!