Cerita ini
berkisar tentang Man Laksa, seorang pemuda yang pemalu, mencari
rezeki dengan menjual laksa di kampungnya. Suatu hari Biro
Penerangan Belia 4B Cawangan Kampung yang diketuai oleh Fadhil
Mat Dom telah bercadang untuk mengadakan malam anekaragam bagi
tujuan mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang kehilangan
harta benda akibat kebakaran pada musim banjir. Man Laksa pula
bercita-cita untuk menjual sebanyak mungkin laksa pada malam
amal tersebut. Pada malam itu juga dia juga mahu melamar si buah
hatinya, Chah. Namun Man Laksa sedar ia bukan kerja mudah kerana
Chah adalah anak Ketua Kampung, Tok Ketua Tuan Hj. Sukarno.
Tambahan pula ibu Chah, Makcik Mahuna adalah seorang yang
materialistik. Tetapi Man Laksa yakin dengan keuntungan menjual
berkati-kati laksa, dia akan mampu meminang Chah. Musuh ketat
Man Laksa ialah Saedon Dengki, seorang kutu kampung yang juga
ada hati terhadap Chah. Pelbagai masalah pula muncul
satu-persatu. Orang ramai mula tiba di tapak malam amal. Fadhil
yang mula resah pergi ke belakang pentas untuk memeriksa. Semua
orang tiada. Pentas tak siap, penyanyi dan penari jemputan tak
kunjung tiba, band boy juga tak muncul-muncul, dan seribu satu
macam masalah lain. Lan Cicak kemudian datang kepada Fadhil dan
mengatakan tiada persembahan yang boleh dibuat. Mendengarkan
kata-kata tersebut, Fadhil terus pengsan. Ketua Kampung mahu
seseorang menggantikan Fadhil. Sesiapa yang berjaya
menyempurnakan tugas tersebut bakal menjadi menantunya.
Mendengarkan tawaran tersebut, dan untuk membuatkan laksanya
laku, Man Laksa terpaksa mengambil alih tugas tersebut. Penonton
yang sudah penat menunggu mula memekik mahukan artis jemputan.
Laksa Man Laksa pula langsung tidak terjual. Pak Lurah yang
menjadi tukang cucuk, menambahkan ketegangan. Keadaan
kucar-kacir tersebut berterusan... Mampukah Man Laksa membawa
Ahmad Jais, Saloma dan M. Daud Kilau menyanyi di kampungnya itu,
seperti yang dijanjikan oleh Fadhil Mat Dom? Sempurnakah
persembahan malam amal tersebut, lalu boleh membuatkan laksanya
terjual? Adakah Chah menerima lamaran Man Laksa atau lari
bersama Saedon Dengki?
A comedy about
the dreams of a young man with the moniker "Man Laksa", who
yearns to have the pretty daughter of his village chief, Chah,
as his wife. To do that, he intends to sell as much laksa as he
can in order to woo her. However, Man Laksa's attempt attracts
the attention of Saedon Dengki, a rival who also vies for Chah's
affection.
Pengarah
Mamat Khalid
Penulis
Mamat Khalid
... Cerita & Lakon layar
Pelakon
Yassin Yahya
... Man Laksa
Sharifah Aleya
... Chah
Saiful Apek
... Fadhil Mat Dom
Kartina Aziz
... Cik Kam
Harun Salim Bachik
... Saedon Dengki
Zami Ismail
... Tok Ketua
Loloq
@ Rosli Khamis
... Ah Lok
M. Rajoli
... Pak Lurah
Aqasha
... Hanipah
Nasrul Suhaimin ... Mat Topoi
Osman Kering
... Lan Cicak
Zahid AF2
... Ahmad Jais
Farah AF2
... Kartina Dahari
Datuk M. Daud Kilau
... M. Daud Kilau
Fauziah Nawi
...
Sathiya
...
Hani Mohsin
...
Sharifah Shahora
...
Hasnul Rahmat
...
Nadia Mustafar
...
Pekerja (crew)
Hazil Izham Ismail ... Penerbit
Penyelaras
Raja Mukhriz ... Pengarah Fotografi
Ted Azlan ... Pengarah Seni
Zulkifli Ibrahim ... Pengurus
Produksi
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Man Laksa
Judul penuh: Man Laksa dalam Malam Temasha
Kampong Talang
Jenis cerita: Komedi / Muzikal Bahasa: Melayu
Tarikh mula penggambaran: 7 Oktober
2004
Tarikh tamat penggambaran: 9 November 2004
Antara lokasi penggambaran: Taiping, Ipoh, Sayong
Tebing, Padang Rengas, Kampung Talang, Kampung Senggong,
Kampung Menora, Kampung Buaya, Kuala Kangsar (Perak)
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!