Sinopsis
Oleh kerana
terlalu marah dengan Pengarah Urusan yang memalukannya di
hadapan orang ramai, Jalil telah menghantar surat notis berhenti
kerja dengan maki serta cerca yang melebihi batasan. Sementara
itu, Pengarah Urusan mendapat perintah untuk menghantar seorang
pegawai ke luar negeri. Kerana bencikan Jalil dan ingin
memisahkannya dari Rosnah, Pengarah Urusan itu pun mencadangkan
Jalil dihantar ke luar negeri. Jalil yang mendapat berita itu
cukup gembira dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan
kembali surat notis itu sebelum ianya sampai ke tangan Pengarah
Urusan. Kebetulan sampul surat yang sama berada di atas meja
Pengarah Urusan. Tapi di dalamnya berisi sepucuk surat mengenai
kegiatan penyeludupannya yang dijalankan secara haram. Bagi
mengelakkan dari rahsianya terbongkar, Pengarah Urusan telah
memujuk Jalil untuk memberikan semula suratnya. Dia juga
berjanji akan memberi hadiah lumayan kepada Jalil.
Pengarah
Tiada maklumat
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
AR Badul
... Jalil
Hussein Abu Hassan
...
Maria Arshad ...
Sukarni Jaafar ...
Yahya Sulong ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Tiada maklumat
|
Judul
filem:
Manis-Manis Sayang
Jenis cerita: Komedi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|