Sinopsis
Yusof, seorang
hartawan yang begitu memandang kepada harta dan wang, mempunyai
seorang anak perempuan bernama Jamilah. Kamil pula bekerja di
rumah Yusof sebagai pencuci kereta sambilan untuk menampung
kehidupannya bersama ibunya Rokiah. Lama kelamaan, Jamilah telah
jatuh cinta pada Kamil yang juga merupakan teman sekolahnya.
Pada suatu hari, atap rumah di mana Kamil dan ibunya tinggal
menumpang, telah dibuang atas arahan hartawan Yusof, dengan
alasan untuk menggantikannya dengan yang baru. Malangnya, atap
rumah itu tidak diperbaiki malah ditinggalkan begitu sahaja.
Jamilah yang bersimpati terhadap Kamil telah menyerahkan barang
kemasnya kepada Kamil untuk digadai supaya rumah itu dapat
dibaiki. Zakaria, anak saudara Yusof telah melihat Kamil
menerima barang kemas tersebut dan menyampaikan berita yang
Kamil kononnya merampas barang tersebut dari Jamilah. Kamil
telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Sekali lagi
Jamilah datang membantu Kamil dengan menerangkan perkara
sebenarnya kepada Hakim. Yusof yang masih tidak berpuas hati
telah mengarahkan rumah tempat tinggal Kamil dibakar...
Pengarah
KM Basker
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
P. Ramlee
... Kamil
Rosnani Jamil
... Jamilah
Musalmah
...
Haron Omar
... Yusof
Omar Rojik
... Zakaria
Saemah ...
Rokiah
Jamil Sulong
... Guru Besar
Ahmad Chetti
... Pemandu Yusof
Pekerja (crew)
Jamil
Sulong ... Penolong Pengarah
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
Yusof B ... Penggubah
Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Miskin
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh tayangan
perdana:
30 November 1952 (Capitol Theatre, Singapura)
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem ini telah
dibaik pulih secara digital dan ditayangkan oleh
stesen televisyen Astro.
|
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|