Sinopsis
Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip
bebas sedang memandu kereta dan meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda
(7 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi
ternampak sebuah kereta 'sports' mewah yang baru ditimpa
kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan
pokok. Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu
seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya kekotoran
lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah dan
meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis
tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih. Secara tidak
sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa
menyelamatkan Tuan Puteri. Sementara
itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan
"paparazzi" yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari
"Mr. Cinderella" yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM500,000. Siti menerima cabaran
tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan "rating" program "Cable News
International" yang dikendalikannya. Semasa mengendalikan rancangan "Siapa Mr. Cinderella",
muncullah Kumin antara ratusan "Mr. Cinderella" palsu untuk
menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah
diisytiharkan sebagai "Mr. Cinderella" yang dicari-cari selama
ini. Siapakah
"Mr. Cinderella" tulen?
The story starts with Hakimi, a freelance scriptwriter who is
on his way to send his 7-year-old daughter, Imelda, to his ex-wife's house on one stormy night. On the way there, he
sees a sports car that just hit a tree. Hakimi stops his car and sees a girl is trapped in the car. He is reluctant to help
at first because he is wearing his friend Kumin's shoes and doesn't want it to be dirty. But later he decides to help the
girl, who is very badly hurt, and leaves her after calling the ambulance without knowing that she is Puteri
Megawati, a crown princess from Indrapuri Darul Kasih. He also doesn't
realize that he accidentally left one of his shoes there. Meanwhile, Puteri Megawati, who is very thankful to the
mysterious guy that saved her, meets Siti Shahirah, a member of the paparazzi that as usual, is looking for
sensational news. The princess asks Siti to help her look for
"Mr. Cinderella" (the man that helped her that night) and
promises a reward of RM500,000. Siti accepts the challenge, as this will help the popularity and rating of
her show "Cable News International" to increase. When Siti starts her
"Siapa Mr. Cinderella" show, Kumin is among the hundreds of fake
Mr. Cinderella that participates in the show to collect the reward. Since the
shoe is his, Kumin is then declared the "Mr. Cinderella" that they are
looking for. Who's the real
"Mr. Cinderella"?
Pengarah
Ahmad Idham
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Erra Fazira
... Puteri Megawati
Yusry (KRU) ... Hakimi
Umie Aida ... Melor
Aziz M.
Osman ... Bob
Helmi Gimmick ...
Hassan
Opie Zami ...
Kumin
Khatijah Ibrahim ...
Permaisuri
M. Rajoli ...
Sultan
Serina Redzuawan ...
Siti Shahirah
Kudsia Kahar ...
Mumtaz
AR Badul ...
Perdana Menteri
Ropie Cecupak ...
Roslan
Adik Tuty ...
Imelda
Osman Kering ...
Hussein
Yunni Nor Leitey ...
Siti Norhalija
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Mohd Noor Kadir ... Penerbit
Yusof Haslam
... Penerbit Bersama
Kuasatek Pictures Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Skop Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan
Filem
Lain-lain
Yusof Haslam (Skop
Productions Sdn Bhd) ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Mr.
Cinderella
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
29 Ogos 2002
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.3 juta
Kutipan jualan tiket: RM2,526,362.12
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-16, 2003
ANUGERAH:
Pengarah Harapan - Ahmad Idham
|
|
| TriviA
Idea asal filem
ini berdasarkan populariti drama bersiri
Cinderella yang disiarkan di TV3.
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Ucapkanlah
Penyanyi: Erra Fazira & Yusry KRU
Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu
Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja
Yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi
Untukku mengaku cintamu
Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan
Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|