Sinopsis
Kassim bakal
mewarisi harta pusaka. Dia tinggal bersama abangnya Kalam dan
kakak iparnya Zainah. Kedua-dua abang dan kakak ipar Kassim itu
tamak dan ingin menghalau Kassim untuk merampas hartanya. Oleh
kerana masih kebudak-budakan, Kassim lebih suka bermain dan
menyanyi dengan dua orang rakannya, Puteh dan Baki daripada
membuat kerja hariannya iaitu menggembala lembu. Tidak lama
kemudian, Kassim telah dihalau oleh abangnya dan semua harta
yang diwarisinya dirampas. Puteh dan Baki terkejut dengan nasib
Kassim dan ingin membantu. Mereka bertiga mencuba nasib sebagai
nelayan. Kerana tiada pengalaman, mereka tidak mendapat sebarang
tangkapan. Kemudian, mereka bekerja pula memotong kayu
berhampiran pantai. Pada suatu hari, mereka ternampak sekumpulan
lanun mendarat di pantai dan memasuki gua yang berhampiran.
Sebaik sahaja lanun-lanun itu meninggalkan gua dan menaiki kapal,
Kassim mengajak Putih dan Baki melihat apa yang ada di dalam gua
itu. Mereka menemui harta yang begitu banyak lalu mengambilnya
dan menjadi kaya dalam sekelip mata. Kalam begitu hairan dengan
kekayaan adiknya Kassim dan mengancam untuk mengadukannya kepada
Sultan sekiranya tidak diberitahu punca kekayaannya itu. Kerana
sifat tamaknya itu, Kalam terburu-buru ke gua tersebut lalu
terserempak dengan kumpulan lanun tersebut. Kalam telah
ditangkap lalu dibunuh, dan kini Kassim pula menjadi buruan
lanun-lanun itu...
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
S. Roomai Noor
... Kassim
Siput Sarawak ... Puteri
Rohana
Haji Gong ... Kalam
Tina ... Zainah
Daeng Harris ... Puteh
P. Ramlee ... Baki
Jaafar Wiryo ... Bujang
Pekerja (crew)
Chan
Chiew Foong ... Penolong Rakaman Bunyi
Chong Sai ... Penolong Jurukamera
Chow Chong Kok ... Jurukamera
Osman Ahmad ... Penggubah Lagu
& Muzik
Yap Yan Seng ... Rakaman Bunyi
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Nasib
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
25 Julai 1949
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
Anugerah
& festival filem
Penyertaan:
Festival Filem British Film Institute, 1950
(London)
|
|
| TriviA
Pada tahun
1950, Danis Froman, Director of the British Film
Instutute, meminta supaya dua buah filem buatan
Malaya ditunjukkan di Film Festival anjuran
Institut yang berkenaan. Shaw Brothers telah
mengirim filem Nasib dan Racun
Dunia (1950). Oleh
kerana banyak filem-filem dari negara Komanwel
yang dipertunjukkan di festival itu, filem Nasib
sahaja yang sempat dimasukkan ke dalam program
penayangan - (Petikan buku P. Ramlee - Erti Yang
Sakti).
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2003.169
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|