Sinopsis
Dalam
perjalanan mereka, Do, Re dan Mi terserempak dengan sekumpulan
samseng yang sedang memukul seorang pemuda, Lokman, sementara
kekasihnya Nora hanya mampu memerhati tanpa dapat berbuat
apa-apa. Sahabat bertiga itu cuba membantu Lokman tetapi
dibelasah teruk oleh kumpulan itu hingga terpaksa dimasukkan ke
hospital. Kumpulan samseng tersebut telah melarikan diri apabila
polis tiba. Keesokan harinya, apabila pasangan kekasih itu
dengan diiringi seorang anggota polis pergi ke hospital untuk
mendapatkan keterangan, mereka mendapati Do, Re dan Mi telah
meninggalkan hospital. Sahabat bertiga yang merempat dan tiada
arah tujuan itu akhirnya bermalam di perkarangan sebuah rumah
yang kelihatan tidak didiami orang. Tidak lama kemudian,
beberapa orang pemuda tiba di rumah tersebut. Do, Re dan Mi
terpaksa bersembunyi. Mereka bertiga mengenali kumpulan pemuda
tersebut sebagai orang yang telah membelasah mereka sebelum ini.
Setelah mengintip perbualan kumpulan itu, Do, Re dan Mi mendapat
tahu bahawa ketua kumpulan itu merancang untuk menawan hati
seorang gadis bernama Nora dengan menggunakan pertolongan
seorang bomoh. Pada keesokan harinya, ketibaan kumpulan itu di
rumah bomoh telah disambut oleh Re yang menyamar sebagai bomoh...
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
S.
Sudarmaji ... Cerita & Lakonlayar
P. Ramlee ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Do
AR Tompel ... Re
Ibrahim Din ... Mi
Ghazali Sumantri ... Lokman
Mahyon Ismail ... Nora
Mahmood June ... Bapa
Nora
Habibah Haron ...
Idris Hashim ...
A. Bakar Jaafar ...
Husny Hassan ...
A. Azman ...
Shariff Baboo ...
Hussein Abu Hassan ...
Yusoff Suria ...
Jailani ...
Radin Sudiro ...
Nor Jin ...
Nor KK ...
Hashim Hamzah ...
Yem ...
Ramlee Ismail ...
Ahmad Dadida ...
Karim Latiff ... Doktor
Saloma ... Penyanyi
undangan
Wan Chik Daud ... Jururawat
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Seni
Ahmad Nawab ... Penggubah Lagu
Anuar Yusof ... Penolong Rakaman
Bunyi
Esa Ahmad ... Pelukis
Hashim Hamzah ...
Penolong Pengarah
Ho Bee Yoon ... Pencetak
Johari Ibrahim ...
Penyunting Filem
Low Yew Wah ...
Pengarah Fotografi
Ng Hoong Ngaim ... Penolong
Jurukamera
P. Ramlee ... Penggubah
Skor Muzik
Rokiah Osman ... Make-up
Tan Chuan Hock ... Rakaman Bunyi
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Nasib Do Re Mi
Jenis cerita: Komedi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
|
|
| Lagu
& lirik
Judul lagu:
Taman Firdausi
Penyanyi: -
Judul lagu: Ilham Tiba
Penyanyi: -

|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.037
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|