Sinopsis
Di pulau Jawa
tinggal seorang pemuda bernama Ahmad dengan ibunya Suratna.
Untuk mengelakkan pergaduhan dengan jiran-jirannya, Ahmad
terpaksa meninggalkan kampung. Ibunya memberi sebilah keris
sakti peninggalan suaminya yang dihadiahkan oleh seorang alim.
Ahmad memutuskan untuk menjadi kelasi kapal dan ketika di
pelabuhan dia berkenalan dengan Jaiman yang juga mempunyai
tujuan yang sama. Mereka berdua berlayar ke Mesir. Nilam pula
ialah seorang puteri raja Mesir yang berada di bawah kuasa
seorang ahli sihir yang membuatnya menari tidak sedarkan diri.
Dalam keadaan begitu, puteri Nilam menyamar sebagai Dilara dan
pergi menari di sebuah kedai minuman keras. Di sana, Rashid,
anak Perdana Menteri cuba mengganggu Dilara. Ahmad dan Jaiman
yang juga berada di situ cuba membantu Dilara. Mereka berdua
ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Paiman (abang
kepada Jaiman) yang berpengaruh serta bersahabat dengan Perdana
Menteri. Selepas itu, Ahmad bertemu Dilara sekali lagi di pesta
Sungai Nil, dan masing-masing meluahkan perasaan cinta mereka.
Sesudah berjaya menyembuhkan penyakit Nilam, raja berhasrat
mengahwinkan Nilam dengan Ahmad. Perdana Menteri yang inginkan
supaya anaknya Rashid dapat berkahwin dengan Nilam, cuba
menghalang Ahmad dengan menyuruhnya pergi mendapatkan sebutir
permata biru yang besar untuk dijadikan mas kahwin. Permata biru
itu terletak begitu jauh dan dikawal pula oleh mayat-mayat
berhantu. Dalam perjalanannya, Ahmad bertemu seorang alim yang
memberinya seekor kuda terbang dan tali pinggang sakti yang
membuat pemakainya tidak dapat dilihat orang.
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
AR Iyer
... Cerita
Pelakon
S. Roomai Noor ... Ahmad
Siput Sarawak ... Puteri
Nilam @ Dilara
Daeng Harris ... Jaiman &
Paiman
P. Ramlee ... Rashid
Jaafar Wiryo ...
Siti Tanjung Perak ... Suratna
Neng Yatimah ... Penari
Pekerja (crew)
Chan
Chiew Tong ... Penolong Rakaman Suara
Chow Cheng Kok ... Jurukamera
Mohd Haniff ... Pelukis
Osman Ahmad ... Penggubah Lagu
Osman Gumanti ... Pereka Tari
Yap Yan Seng ... Rakaman Suara
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Nilam
Jenis cerita:
Khayalan
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
28 September 1949
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|