Sinopsis
Di sebuah pulau yang dikelilingi pohon kelapa dengan bentuk geografinya, teluk tepian pantai
tinggal seorang pemuda di mana keturunannya menjadikan kelapa sebagai mata pencarian bagi
menyara kehidupan. Pemuda ini dikenali sebagai Awang dan bersikap periang serta
agak lurus. Bagaimanapun, beliau mempunyai kebolehan menggunakan kapak bertali bagi memetik
kelapa. Walaupun memetik kelapa menggunakan kapak merupakan kepakaran dan mata pencarian
Awang sejak turun temurun, beliau kemudiannya berubah fikiran dengan bekerja sebagai
pencuci atas nasihat Rosnah, seorang gadis manis kampung yang diminati ramai pemuda kampung termasuk Sidibijo yang
berazam untuk menjadi saintis dengan mencipta alat laser untuk memetik kelapa bagi menandingi kepakaran kapak
Awang. Bagaimanapun, ibubapa Rosnah iaitu Pak Kidam dan Mak Nah tersalah anggapan keakraban
Rosnah dan Awang. Mereka tidak sukakan pekerjaan Awang yang menjadikan kelapa sebagai mata
pencarian utama. Rosnah hanya berkawan biasa dengan Awang dan sering bertukar pandangan
dan nasihat. Dalam masa yang sama, Rosnah juga sering memberi perangsang
dan nasihat kepada Sidibijo dalam usaha mencipta mesin laser. Sidibijo menaruh harapan kepada Rosnah dan cemburukan
hubungan akrab Rosnah dan Awang. Rosnah kemudiannya ditawarkan bekerja di chalet kepunyaan
Encik Malik sebagai penyambut tetamu dan setelah bakat nyanyiannya terserlah dia kemudiannya ditawarkan menyanyi 'live
band' di chalet tersebut. Dalam
pada itu, Encik Malek telah diancam oleh sekumpulan penjahat yang mahukan wang
perlindungan. Kumpulan penjahat ini kemudiannya menculik Puan Aini iaitu isteri Encik Malek sebagai
tebusan. Awang dengan kepakaran kapaknya, telah berjaya membantu polis menumpaskan kumpulan
tersebut. Satu pertandingan telah diadakan di antara Awang dan kapaknya
dengan Sidibijo dan alat lasernya untuk menjatuhkan kelapa. Sabotaj dan ketidakpuasan berlaku, dan akhirnya keputusan
menjadi seri. Di sini, Awang mengalah dengan tujuan menyedarkan
Sidibijo supaya tidak terlalu angkuh. Cinta dalam
diam antara Awang dan Rosnah akhirnya terbalas.
The story is based on a love triangle involving the three lead characters set on a beautiful secluded
island. The man who plucks the most coconuts wins the hand of the prettiest girl in the village,
Rosnah. To prove that each is worthy of Rosnah's hand in marriage
they will have to fight with their own weapons. Awang uses the traditional 'kapak bertali', while Sidibijo uses a 'laser gun' he made himself.
Pengarah
Z. Lokman
Penulis
Z. Lokman
... Skrip
Pelakon
Opie Zami ... Awang
Danny (X-Factor) ... Sidibijo
Maya Karin ... Rosnah
Zami Ismail ... Pak Kidam
Rosnah Mat Aris ... Mak Nah
Shamsul Ghau Ghau ... Malik
Abon ... Wak Jono
Zila Bakarin ... Azie
Zul Yahya ... Samad
Yasin Sulaiman ... Penyanyi
Ann Ishar ... Mona
Elly Hayanti ... Puan Aini
Azmi Din ... Mario
Pekerja (crew)
Indra Che Muda
... Jurukamera
Irhzal Ideris ...
Penolong Pengarah
Penerbit
David Teo
...
Penerbit
Metrowealth Movies Production ....
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
No Problem
Slogan: Sebuah percintaan... seribu persaingan... sejuta harapan...
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
19 Julai 2001
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1 juta
Kutipan jualan tiket: RM150,000
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 100 minit
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Taman Desa, Jenderam Hilir, Nilai, Seremban (Negeri Sembilan); Endau Rompin (Pahang)
|
|
| TriviA
Penggambaran
filem ini mengambil masa 18 hari.
|
|
| Dialog
"No problem
punyooo..." - Awang
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|