Sinopsis
Sekitar tahun
1944, penduduk Tanah Melayu terpaksa hidup dalam tekanan akibat
berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti
Komunis Malaya. Empat sahabat - Ahmad, Osman, Puteh dan Harun
berkhidmat sebagai Polis Jepun, dan mereka turut tersepit di
tengah-tengah pergolakan yang berlaku. Ini termasuklah
percintaan Ahmad dengan Siew Lan dan percintaan Puteh dengan
Fatimah. Siew Lan selama ini telah diperalatkan oleh keluarganya
sendiri bagi mendapatkan maklumat sulit tentera Jepun melalui
Ahmad. Fatimah pula mendapat penentangan darpada bapanya yang
tidak bersetuju dengan orang Melayu sebagai Polis Jepun.
Sementara itu, Osman yang bertugas sebagai perisik Jepun telah
memasuki pasukan komunis untuk membalas dendam terhadap kematian
bapanya yang berbangsa Cina. Segala pergolakan ini menimbulkan
suasana huru-hara. Ada yang ingin merdeka dan ada yang ingin
terus dijajah. Bapa Fatimah pula, atas semangat untuk
mempertahankan negara tercinta, turut memasuki pasukan komunis
semata-mata untuk menentang penjajah. Ini diikuti oleh Ahmad
yang akhirnya bertemu semula Siew Lan apabila menyertai pasukan
komunis.
Set during the
confrontation between the Japanese Army and the Communist Party
of Malaya in the year 1944. Four friends - Ahmad, Osman , Puteh
and Harun choose to serve the Japanese Police Force in order to
survive. Amidst a sea of uncertainties, Ahmad falls in love with
Siew Lan and Puteh falls in love with Fatimah - both girls from
different worlds , different cultures, even opposing sides. And
Osman - a friend of theirs and a spy for the Japanese Police -
chooses to serve his own vendetta.
Pengarah
Adman Salleh
Penulis
Adman Salleh
... Lakonlayar
Pelakon
Janet Khoo
... Siew Lan
Nam Ron ... Ahmad
Gibran Agi ... Osman
Ellie Suriaty ... Fatimah
Hasnul Rahmat ... Puteh
Ani Maiyuni ...
Thor Kah Hong ...
Steve Ng Boon Cheng ...
A. Samad Salleh ...
Rohani Yusuff ...
Meoki Tong May Lan ...
Kamaliah Mat Dom ...
Adlin Aman Ramli ...
Lee Yoke Lan ...
Zack Taipan ...
Yalal Chin ...
M. Amin ...
Pekerja (crew)
Akma
Suriati Awang ... Pereka Kostum
Ayob Ibrahim ... Penggubah Skor Muzik
Azreedin Hamzah ... Penata Bunyi
Elias Maidin ... Penyunting Filem
Fadhil Ahmad ... Pengarah Seni
Jurey Latiff Rosli ... Penerbit
Penyelaras
Kapt (B) Ahmad Abdullah ...
Penasihat Produksi
Martias Mohd Ali ... Pengurus
Pemasaran & Promosi
Misnin Mohd Ehsan ... Pengurus
Produksi
Teoh Gay
Hian ... Pengarah Fotografi
Penerbit
Filem Negara
Malaysia ...
Penerbit
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
...
Penerbit
Lain-lain
World Evolution Brain (M) Sdn Bhd
... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Paloh
Judul asal: Autonomi
Slogan: Di sini tiada jalan kembali / The
point of no return
Jenis cerita: Drama / Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
10 Julai 2003
|
|
|
Urusniaga Kos
pembikinan filem: RM3 juta
Kutipan jualan tiket: RM142,000
 |
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 120 minit
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-48, 2003 (Iran)
ANUGERAH:
Anugerah Khas Juri - Filem Negara
Malaysia
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
ANUGERAH:
Filem Terbaik - Filem Negara Malaysia
Pengarah Terbaik - Adman Salleh
Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian
Skor Muzik Terbaik - Ayob Ibrahim
Penata Seni Terbaik - Fadhil Ahmad
Penata Bunyi Terbaik - Azreedin Hamzah
Pertandingan:
Bangkok International Film Festival, 2004
(Thailand).
ANUGERAH:
Tiada
Pertandingan: Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
ANUGERAH:
Filem Terbaik - Filem Negara Malaysia
Penyertaan:
17th Singapore International Film Festival, 2004
(Singapore).
Malaysia Film Festival, September 2004 (Cathay
Singapore)
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Tetap Di Sini
Penyanyi: Siti Nurhaliza
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
| Jaringan
laman
web
Paloh
(laman web rasmi)
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|