Sinopsis
Kehidupan
seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang
gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia
dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki
cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki
lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif
muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam
kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi
dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu
dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah
membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan
ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham.
Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit
keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin
menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai
gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki
hubungannya dengan Hafsham...
Pengarah
Yusof Haslam
Penulis
Yusof Haslam
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Erra Fazira
... Farah Diba
Norman Hakim ... Hafsham
Wilma Muhammad ... Natasha
Abby Abadi ...
Mazlan (Senario) ...
AC Mizal ...
Khairil Anwar ...
Rosnah Johari ...
Latiff Ibrahim ...
Kartina Aziz ...
A. Galak ...
Radhi Khalid ...
Farid Amirul ...
Sharifah Shahora ...
Pekerja (crew)
A. Galak
... Penolong Pengarah
Ambri Kailani ... Penolong Pengarah
Azman Ismail ... Penyelaras
Penerbitan
Bob Musalwah ... Pengurus Promosi
Faizal Yusof ... Penataan Seni
Johari Teh ... Muzik Tema
M. Shahdan ... Pengurus Produksi
Musa Mohamad ... Penataan Seni
Omar Ismail ... Jurukamera
Peter Lim ... Rakaman dan Penataan
Muzik & Bunyi
Saari Amri ... Muzik Tema
Safri ... Pengurus Produksi
Salehan Shamsudin ... Penyunting
Filem
Penerbit
Yusof Haslam
... Penerbit
Ismail Mustapha ... Penerbit
Bersekutu
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Skop Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Pasrah
Slogan: Duri percintaan dua sejoli. Antara keegoan & kesetiaan...
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
8 Januari 2000
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.5 juta
Kutipan jualan tiket: RM2,741,470.43
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Kuala Lumpur, Cameron Highlands & Genting Highlands
|
|
| TriviA
Nasha Aziz dan
Rosyam Nor menolak tawaran berlakon filem ini.
Tempat mereka diambil alih oleh Wilma Muhammad
dan Khairil Anwar.
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Pasrah
Penyanyi: Erra Fazira

 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|