Sinopsis
Kasim, seorang
pemuda yang rajin telah mendapat keputusan yang amat
cemerlang di sekolah. Bagaimanapun, bapanya Hasan tidak mampu
menanggung perbelanjaan Kasim yang ditawarkan melanjutkan
pelajaran di luar negara. Sidek, sahabat karib Hasan, merupakan
pemilik ladang yang kaya raya dan berhasrat menjadikan Kasim
menantunya. Sidek telah membantu Hasan membiayai pengajian Kasim
di luar negara. Setelah lulus dari Universiti Cambridge, Kasim
kembali ke tanahair. Hasan dan Sidek bertolak dari Kuala Lumpur
ke Singapura untuk menyambut kepulangan Kasim. Sebelum bertolak
pulang ke Kuala Lumpur, Kasim telah mengunjungi kedai bunga
untuk membeli tanda mata. Gadis jurujual yang bernama Rahimah
telah melayaninya dengan baik. Mereka berkenalan dengan lebih
rapat sehingga timbul perasaan cinta. Oleh kerana itu, Kasim
lebih senang tinggal di Singapura walaupun sering didesak oleh
bapanya supaya pulang ke Kuala Lumpur. Apabila Hasan mendapat
tahu hubungan Kasim dan Rahimah, dia berasa bimbang lalu memaksa
Kasim pulang ke Kuala Lumpur dengan segera. Di Kuala Lumpur,
Sidek mengadakan suatu majlis sambutan besar-besaran untuk Kasim,
yang berasa gelisah meninggalkan kekasihnya Rahimah di Singapura,
lebih-lebih lagi apabila Sidek mengumumkan pertunangan Kasim
dengan anak perempuannya, Salmah.
Pengarah
KM Basker
Penulis
KM Basker
... Cerita
Jamil Sulong ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee ... Kasim
Neng Yatimah ... Rahimah
Musalmah ... Salmah
Mohd Hamid ... Yusuf
Ulong Jawa ... Hasan
Hashim Nor ... Sidek
Jamil Sulong ...
Marliah Ahmad ...
Aini Jasmin ...
Ahmad Chetty ...
Fatimah A
...
R. Samiadji Widjaja
...
Malik Sutan Muda ...
Said Zain ...
Saidi ...
Pekerja (crew)
A. Bakar
Ali ... Penolong Jurukamera
Bharatvir ... Penyunting Filem
Chong Chee Liat ... Jurusuara
Chou Chan Kok ... Jurukamera
Edith Castillo ... Pereka Tari
G. Kollaart ... Penjaga Sambungan
Hayat Haris ... Penyunting Filem
Jamil Sulong ... Penolong Pengarah
M. Sulaiman ... Pelukis Pemandangan
Rasul Hashim ... Penolong Pelukis
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
Yap Poh Kai ... Penolong Jurusuara
Yusof B ... Penggubah Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Patah Hati
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
2 Ogos 1952
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.045
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|